"Ooo...baru aku teringat. Plan tergendala...haha," jawab Mat dengan nada berseloroh. "Hang dah buat appointment ngan Ustat hang dah ka?" tanya Mat menunjukkan sedikit keseriusan.
"Dah", sepatah Yahya menjawab.
"Awat ngan hang ni? Ketaq ka?, Mat cuba memujuk sahabatnya yang kelihatan gelisah.
"Ketaq jugak la, tapi time ni ja yang aku ada. Kalu tak pi kali ni, melepaih la aku," tegas Yahya.
"Macam ni la. Kita pi dulu jumpa Ustat hang, habaq dulu apa hasrat hang. Dia mau ka tak mau ka, kira lepaih tu," Mat memberi semangat.
"Bukan pa, aku rasa kalau Ustat hang jadi orang tengah lebih elok dan sopan. Sekurang-kurangnya tak la hang segan sangat nak habaq kat dia, betoi dak? sat lagi nampak kebuloq sangat" tambah Mat bersahaja.

Institusi kekeluargaan amat diambil berat oleh Islam. Bagaimana ia turut terkandung dalam 5 perkara yang dijaga oleh syariat. Menjaga keturunan. Dengan perkahwinan, Islam merealisasikan perkara tersebut.
Meniti usia sekitar 20-an suatu fasa yang cukup mencabar. Ada yang berkata, ini adalah turning point selepas alam persekolahan. Mula memikirkan soal memilih pasangan, tanggungjawab dan masa hadapan. Ada yang tewas kecundang. Tak kurang juga yang berjaya membina masjid sehingga ke menaranya tatkala berhadapan dengan buku dan law cases yang berlambak.
Aku sendiri pun belum pernah merasainya. Jikalau ditanya, siapa yang tidak mahu berumah tangga. Angan-angan memang sudah berada di mahligai. Hanya mampu melihat keadaan sekeliling dan mentafsir. Hasilnya aku mendapat kesimpulan, cinta lelaki dan perempuan jangan dihalang, kita harus memberi jalan keluar. Seperti yang aku katakan, penamat dan penyelesaiannya adalah KAHWIN.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
p/s: 1st time menjadi 'org tengah'. Aku sendiri pn belum ketengah lagi...haha. Semoga berjaya wahai sahabat.
8 comments:
salam madnot,
hang kena p habih ngaji ngan mdm morgana dulu pastu talaqi ngan ustad irwan kitab permata yang hilang...
hahaha
semoga post ini sampai kepada golongan sasaran. Timing hang pilih elok sangat ah, cuti sem nie ah orang nak g tengok bakal mentua....
ak pon sudah terlibat sm...
mohon petunjuk yang Maha Esa..
Wktu ngaji ngan mdm, ketakutan menyelubungi, maka hilanglah kenikmatan...charge balik ngan Ust Irwan..hehe
mcm best je post ni.Hu3
perkahwinan bukan jalan penamat atau penyelesaian kot.perkahwinan adalah sebuah permulaan.
Adakalah cinta yang fitrah itu tak dapat ditamatkan dengan perkahwinan.
Kerana tanggungjawab yang melebihi masa maka impian membina masjid dipudarkan buat seketika.
Bolehkah begitu?
he2
weh bob, aku bagitau kat mdm yg ko menuduhnya sbg ahli sihir Merlin. heh
perkahwinan= penamat cinta yg terlarang...
p/s:juz my dhoif opinion..:-)
salam..
nukilan yang agak tajam, semacam ada pengalaman..he5..
~syukran rehatkan ana sekejap..:)
penamat cinta yang terlarang..
Owh.sebelum perkahwinan means dah dikotori dengan cinta terlarang?
Aish..tak paham..
p/s:Just my dhoif jiddan opinion
tumpang sekaki.... =)
dalam konteks umum,
cinta terlarang= couple, dating,berabang-sayang, bergayut, jeling2, cinta-cintun anatara 2 org yang bukan muhrim sblum nikah....
memang cinta itu fitrah, tapi ia boleh jadi fitnah...
dunia zaman skarang, perkara yang 'tak biasa' bagi islam da jadi perkara yg biasa...yang biasa bagi islam pula jadi tak biasa bagi masyarakat kita....
buktinya, klau kita tgok masyarakat diluar sana... industri per'couple'an merupakan industri yang paling 'berjaya'...
sampaikan kanak2 sekolah rendah pun dah pandai nak mencari pasangan.. ish3...
apakah faktornya? pengaruh media, rakan sebaya, 'budaya' masyarakat moden, ketandusan kasih sayang?
ana bsetuju dengan pendapat saudara fazareez... pernikahan adalah cara yang terbaik utk membanteras umat2 islam akhir zaman ni dari terus bergelumang dengan cinta terlarang.... tapi ni bagi mereka yang sudah cukup matang... n sudah mampu memberikan komitmen...
kalau kanak2 ni, rotan je... huhu...
n secara psikologinya, manusia memang suka memberontak n membuat perkara yang ditegah dan dilarang... jadi, daripada kita dok halang2 depa couple, baik kita soh diorang kawen terus... (bergantung pada situasi gak)
n ana setuju gak pndapat erma, pekahwinan adalah permulaan.. permulaan bagi satu taklifat yang baru... yang sangat besar...
"Adakalah cinta yang fitrah itu tak dapat ditamatkan dengan perkahwinan.Kerana tanggungjawab yang melebihi masa maka impian membina masjid dipudarkan buat seketika. Bolehkah begitu?"
tapi, kalau kita pikir, apakah ada masa rehat untuk mereka yang berjuang? even kita keje pun, kita akan busy dgn taklifat yang jauh lagi besar dr zaman study...
back to the basic, bergantung pada tahap kemampuan individu...
kalau dalam skop kita yang masih belajar ni,
kalau diri sendiri pun masih terumbang ambing, tak terurus, lebih baik muhasabah diri dulu ye dak...?
kalau diri masih belum bersedia...
jalan yang terbaik, bermujahadah... n tadhiah...
cuba hindari cinta terlarang...
khuatir akan di'warisi' tabiat tu pada anak cucu kelak....
the best thing, no love b4 marriage...
#celoteh si dhoif...
Post a Comment