Tuesday, May 19, 2009

DUN PENANTI : penantian telah terjawab..

Hari ini Barisan Nasional (BN) telah memutuskan untuk tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang dijadual berlangsung 31 Mei ini. Satu penantian yang telah terjawab akhirnya. Siapa yang pengecut?

Menurut DS Najib, mereka (BN) tidak mahu terlibat dalam 'permainan' politik pembangkang. Sudah makruf, memang ahli politik ini seorang 'pelakon' yang hebat dan patut menerima pelbagai anugerah. Dalam kepala hotak mereka berbagai-bagai alasan dan retorik yang boleh dikeluarkan demi menyucikan nama sendiri dan tak lupa juga nama parti masing-masing. Bak kata pepatah Melayu, "hendak seribu daya, dan tak hendak seribu dalih".

Kesian kat hang Najib no, awat la yang hang pi pegang tampuk pimpinan BN ketika rakyat dok tak mau kat BN. Kadang-kadang diri ini berasa hairan dan pelik, apabila mereka mencaturkan 'permainan', pembangkang turut serta menyahut cabaran yang diberi, tapi lain jadinya bila 'permainan' ini yang dikatakan dicatur oleh pembangkang. Sudah asam garam dalam politik.

Cuma apa yang saya nak ketengahkan di sini, ternyata BN sudah tidak berani berhadapan dengan pembangkang secara demokrasi di dalam mana-mana pilihanrya kerana mereka juga sedar bahawa parti mereka bukan lagi parti favourite rakyat. Usahlah mencanang SATU MALAYSIA jika tak sampai pun setengah Malaysia menyokong. Sedangkan mereka yang selama ini mengangung-agungkan demokrasi berparlimen. Hari ini mereka takut dengan bayang-bayang sendiri.

Hal ini dibuktikan dalam kekalahan teruk BN dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini yang mana mereka hanya menang 1 kerusi di Batang Air manakala mereka hilang 1 kerusi di Kuala Terengganu, tidak berjaya menawan kerusi Bukit Gantang, dan Bukit Selambau. Oleh yang demikian tidak keterlaluan untuk saya katakan yang BN sudah takut untuk berdepan dalam pilihanraya.

Untuk menguatkan lagi hujah di atas, cuba kita telusuri kemelut politik yang berlaku di Perak bagaimana BN seolah anak kecil yang terlalu dahagakan air. Jika benar mereka anak jantan, sudah lama mereka akan bubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya. Tak ubah macam musang mencuri ayam di kala malam.

Dalam pergolakan politik hari ini, kita harus bijak berfikir dan memilih. Jangan akhirat nanti tergagap-gagap nak jawab depan Allah Taala. Awat yang hang pi pangkah dia dah tau dia dok wat rosak kat muka bumi ni...ha jawab jangan tak jawab.

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP