Thursday, April 01, 2010

Di manakah kita..??

Ribuan malah jutaan graduan yang menceburi bidang *keagamaan membanjiri negara saban tahun tidak kira dari Timur Tengah mahupun dalam negara. Tapi, persoalannya di manakah mereka??

golongan "FAHAM":


1) FAHAM kemudian BERAMAL DAN MEMAHAMKAN ORG LAIN (Alhamdulillah....)


2) FAHAM kemudian BUAT-BUAT TAK FAHAM (apa nama sesuai untuk spesis ni ya..??)


3) FAHAM kemudian JADI TAK FAHAM @ BENGONG DAN MENYESATKAN ORG LAIN (erm..dh blh dok kt JPMenteri..)


4) FAHAM kemudian RENDAH DIRI (sikap nta p la dulu syeikh..)


5) FAHAM kemudian JAGA PERUT SENDIRI (ish..nnti sapa nak bagi aku makan ni..?)

ATAU

hanya anda hanya faham SILIBUS sahaja dan segulung IJAZAH...??

assignment siap...4 flat..dean list..anugerah diraja..kuliah tutorial...beli 'kitab' tebal2...bawak sana-sini...Ooo..mengaji Syariah...'aurat' tahu tak? Ke tak jumpa bab ni dlm kitab..? Hehe..jumpa. Tapi saya hafal nak masuk exam ja...tahu tak had perhubungan laki perempuan..? Ala kecik punya hal la..saya tak buat pa2 pon, juz jln2 n study ja..kecoh r


di manakah kita...??



*bidang yang berteraskan agama Islam spt Usuluddin, Syariah, Dakwah....etc

Monday, March 08, 2010

Dialog Antara Ust Azizan Razak bersama wartawan Utusan...

UTUSAN: Terdapat rungutan bahawa kerajaan negeri ‘tidak berbuat apa-apa’ sepanjang dua tahun pemerintahan di Kedah? Apa komen Datuk Seri?

AZIZAN: Nak komen apa. Depa (rakyat) yang nilai saya. Saya buat kerja, orang luar yang perhati. Saya macam pemain bola sepak, depa perhati saya, tengok saya main bagus ke tak bagus? Ikut depalah, yang kata saya bagus pun ada, yang kata saya tak bagus pun ada. Tak ada apa-apa.

Sebabnya ialah tak nampak?

Nak nampak pergilah ke Kuala Ketil, perembang-perembang (intai-intai) apa yang ada di sana (ambil contoh projek pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil). Kalau dekat Alor Setar tak nampak apa.

Habis, Datuk Seri puas hati?

Tak puas hati apa, tak pening kepala. Saya seronok, berasa ceria. Yang berubah ialah Perak, jatuh kerajaan negeri yang itu berubahlah.

Apakah semua perancangan berjalan lancar setakat ini?

Ya, macam tanam pokok ada dua jenis, satu pokok durian, satu tanam sayur. Sayur enam bulan dah boleh ambil hasil, durian enam tahun baru boleh, kena tunggu buah luruh. Kena tunggulah.

Mungkin sejak kebelakangan ini ada isu timbul seperti gangguan bekalan air, biasalah kali pertama (pakatan pembangkang hadapi). Isu air sebenarnya dah lama, dah air tak ada, di Kedah setahun sekali akan datang kemarau, biasalah, cuma ia jadi isu sahaja.

Manifesto Pas pula macam mana? Dah laksanakan atau belum?

Kita (kerajaan negeri) dah buat lebih daripada manifesto. Ada yang praktikal, kita praktikkan, yang tak boleh buat tak bolehlah, nak buat macam mana? Kena buat berperingkat-peringkat dan ada yang sebelum ini kita tak tahu boleh ke tidak, bila dah jadi kerajaan baru kita tahu ia tak boleh buat, kita ubahlah buat yang boleh, ini biasalah.

Secara keseluruhannya Alhamdulillah tak siapa kacau saya, orang yang tunjuk perasaan tu mereka yang tak mau bayar hutang rumah, yang lain sokong saya.


p/s: haha...lawak ja dengaq wartawan kena sedaih macam tu ja. Tu la, sebelum p temu ramah Ust Azizan, kena p pekemaih ilmu mantiq dulu. Lepaih tu kena ambik ilmu tak mau bagi panaih telinga...

Sunday, March 07, 2010

meniti minggu 'ujian'...

Benarlah kata Nabi, 2 nikmat yang selalu manusia lupakan iaitu nikmat sihat dan masa lapang. Berapa ramai sangat manusia di atas muka Bumi ini ingat Allah waktu sihat? Bila dah sakit baru mengaduh, "Ya Allah sakitnya...". Berapa ramai yang ingat Allah waktu lapang dan senang? Yang tahu bila dah kesuntukan masa, "Ya Allah, tak sempat nih...".

Inilah yang berlaku kepada aku minggu ni. Dilambakkan dengan assignment yang bertimbun-timbun (sbb ak x wat awal2), ditambah lagi dengan Minggu Integriti (retorik ja...), siri-siri meeting yang menanti, dan yang terbaru Debat Piala Naib Canselor. Kali ini, dah masuk 3 kali aku masuk Debat NC. Dah macam muka aku familiar sangat kat Debat NC ni. Sampai orang pun dah tegur, "ai, macam dah banyak kali masuk". Tapi nak buat macam mana, aku minat jugak dengan debat ni. Cuma takut ja nak lawan peringkat luar. Mau terketaq-ketaq sorang kat situ. So, main kat dalam-dalam ja lagi best.

Alhamdulillah, sekali lagi aku mewakili FSU dalam pasukan Debat Arab. Memang meletihkan kepala hotak ni. Tapi banyak manfaatnya jugak. Kadang-kadang terasa jugak nak keluar ja dari arena perdebatan ni. Terasa banyak komitmen lain yang terabai. Maaf sahabat-sahabat sekalian. Sapa-sapa yang group assignment dengan aku memang terasa bila assignment tak siap. Minta maaf sekali lagi. Untuk semua pendebat, khususnya pendebat Bahasa Arab, kamu semua memang mantap. Aku hanya budak baru belajar. Terutamanya budak-budak Tamhidi yang memang power3x...moga kita bertemu di Jaulah Rubuq Akhir (suku akhir..), separuh, dan akhir Insya Allah. Tetapkan niat bukan semata-mata untuk menang, tapi adalah menimba Ilmu kerana Allah. Kemenangan hanya nilai tambah kepada yang berusaha.

Minggu ini banayak menguji aku, terutama dari segi pengurusan masa...."Ya Allah, Kau permudahkanlah hari-hariku yang bakal mendatang ini..."

p/s: xda pic nak letak....


Tuesday, February 23, 2010

Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA)

TEMPAT : Dewan Sri Mentaloon, Kedah Darul Aman.

TARIKH
: 05-06 Mac 2010 (Jumaat dan Sabtu)

MASA : 8.30 mlm (Jumaat) hingga 5.30 petang (Sabtu)

YURAN : RM 1O.00



ANJURAN :

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)

Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah (MPM)

Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia (GAMIM)

Qiyadah Club (QC)


untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini http://www.simurakuin.blogspot.com/

penerangan lengkap http://persadakini.blogspot.com/2010/02/simura-momentum-perubahan-gerakan.html

Monday, February 22, 2010

Tamrin Nasional GAMIS ( Kem Al-Fateh Siri 2)

klik pada poster untuk paparan lebih jelas

Seluruh Mahasiswa/Mahasiswi seluruh negara dijemput menyertai. Program ini adalah rentetan dari Kem Al-Fateh Siri 1 yang dibuat pada tahun 2009. Insya Allah, anda tidak akan rugi jika menyertai program ini. Anda bakal disajikan mutiara-mutira ilmu yang bermanfaat. Luangkan masa anda demi ISLAM!

Yuran hanyalah RM10 ( x pernah ada program 3 hari 2 mlm semurah ini...ish3)

Anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Tuesday, February 16, 2010

Membina Masjid

"Macam mana plan kita," Yahya membuka bicara.

"Ooo...baru aku teringat. Plan tergendala...haha," jawab Mat dengan nada berseloroh. "Hang dah buat appointment ngan Ustat hang dah ka?" tanya Mat menunjukkan sedikit keseriusan.

"Dah", sepatah Yahya menjawab.

"Awat ngan hang ni? Ketaq ka?, Mat cuba memujuk sahabatnya yang kelihatan gelisah.

"Ketaq jugak la, tapi time ni ja yang aku ada. Kalu tak pi kali ni, melepaih la aku," tegas Yahya.

"Macam ni la. Kita pi dulu jumpa Ustat hang, habaq dulu apa hasrat hang. Dia mau ka tak mau ka, kira lepaih tu," Mat memberi semangat.

"Bukan pa, aku rasa kalau Ustat hang jadi orang tengah lebih elok dan sopan. Sekurang-kurangnya tak la hang segan sangat nak habaq kat dia, betoi dak? sat lagi nampak kebuloq sangat" tambah Mat bersahaja.


Cinta itu fitrah. Tetapi ia tidak boleh mengorbankan agama, adat dan tatasusila. Ia harus dipupuk menurut acuan Ilahi. Ada cinta yang didorong akal. Ada juga yang disodong nafsu. Hakikatnya, cinta dan nafsu bergerak seiring. Penamatnya adalah ikatan perkahwinan. Ikatan yang menghalalkan seorang perempuan kepada seorang lelaki ajnabi. Ikatan yang terbina atasnya keimanan dan ketakwaan. Akad yang terkandung dalamnya sakinah, mawaddah dan rahmah.

Institusi kekeluargaan amat diambil berat oleh Islam. Bagaimana ia turut terkandung dalam 5 perkara yang dijaga oleh syariat. Menjaga keturunan. Dengan perkahwinan, Islam merealisasikan perkara tersebut.

Meniti usia sekitar 20-an suatu fasa yang cukup mencabar. Ada yang berkata, ini adalah turning point selepas alam persekolahan. Mula memikirkan soal memilih pasangan, tanggungjawab dan masa hadapan. Ada yang tewas kecundang. Tak kurang juga yang berjaya membina masjid sehingga ke menaranya tatkala berhadapan dengan buku dan law cases yang berlambak.

Aku sendiri pun belum pernah merasainya. Jikalau ditanya, siapa yang tidak mahu berumah tangga. Angan-angan memang sudah berada di mahligai. Hanya mampu melihat keadaan sekeliling dan mentafsir. Hasilnya aku mendapat kesimpulan, cinta lelaki dan perempuan jangan dihalang, kita harus memberi jalan keluar. Seperti yang aku katakan, penamat dan penyelesaiannya adalah KAHWIN.

Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-



أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ



Ertinya :

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)



p/s: 1st time menjadi 'org tengah'. Aku sendiri pn belum ketengah lagi...haha. Semoga berjaya wahai sahabat.

Wednesday, January 27, 2010

"MAHASISWA" : mencanang perubahan?


"Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad, kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri, lalu mereka berkata, Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkara yang sangat jauh dari kebenaran" AL-KAHFI:13&14

Sekitar Pilihanraya Kampus (PRK), kedengaran frasa PERUBAHAN sering dilaung-laungkan oleh mahasiswa-mahasiswi sejagat. Ada yang ingin membawa perubahan pentadbiran universiti agar lebih baik dan sistematik. Ada juga ingin membawa perubahan yang berbentuk materialistik semata-semata. Tak kurang juga yang membawa agenda perubahan minda dan cara fikir mahasiswa. Apa-apa pun semua itu adalah perubahan mengikut takrifan literalnya.

Tetapi sedarkah kalian semua bahawa perubahan yang paling utama adalah dengan membawa insan dari menyembah selain Allah kepada menyembah Allah Yang Esa. Membawa ummah dari jurang api neraka ke dalam syurga yang abadi. Inilah misi utama diturunkan Rasul ke atas muka bumi. Kitalah penyambungnya bukan pemutus. Islam diturunkan sebagai titik pemisah jahiliyyah. janganlah kita merubahnya menjadi kembali jahiliyyah.

Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlulah diletakkan satu tanda aras yang ingin dicapai. Ia perlu bermula dari dalam setiap insan yang ingin membawanya. Seharusnya bagi insan yang ingin membawa agenda perubahan ini, perlulah terlebih dahulu berubah. Berubah dari melakukan maksiat kepada meninggalkannya. Pasakkan kepercayaan dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. Perbetulkan niat agar ia tidak tersasar. perkasakan tarbiyah ruhiyyah. Kita membawa perubahan bukan demi kepentingan individu, parti, atau sesebuah organisasi semata-semata. tetapi hanyalah untuk Islam tercinta.

Agenda perubahan yang dicanangkan bukanlah hanya berebentuk satu slogan yang sedap didengar, elok dipandang, semangat dilaung, ramai penyokongnya. Tetapi agenda perubahan perlulah meresap ke dalam hati setiap orang yang membawa dan orang yang menerima. Nilailah suatu perubahan itu dari sudut yang sepatutnya. Bukanlah atas dasar tidak puas hati kepada sesetengah pihak, juga bukan hanya ingin mengikut rentak orang lain. Cuma, perubahan itu perlu dicetuskan. Mungkin bukan kita yang merasainya, tetapi generasi yang mendatang bakal merasainya.

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka pula ada yang menunggu-menunggu janji Allah dan mereka sedikitpun tidak pernah mengubah janjinya" AL-AHZAB:23



Saturday, January 09, 2010

"ALLAH: Siapa yang Punya?"

Monday, January 04, 2010

Membuka Tirai 2010 / 1431

Sudah hampir 2 dekad aku hidup atas muka bumi ini. Terasa cepat masa itu berlari. Cuma aku yang masih 'merangkak'. Merangkak dalam menceduk ilmu yang maha luas, merangkak dalam memahami perihal masyarakat dan keadaan sekeliling, merangkak dalam mendekatkan diri kepada Sang Pencipta, merangkak dalam mengetengahkan polemik sejagat.

Pelbagai tanggungjawab dan komitmen menghiasi pembuka tirai tahun ini. Tanggungjawab sebagai seorang anak kepada orang tua, pelajar kepada ilmunya, makhluk kepada khaliqnya, 'tentera' kepada 'kumpulannya' dan berbagai lagi. Mungkin inilah HIJRAH aku, yang terkadang imannya jatuh merudum bak air terjun, yang terkadang tenang bergenang bak air di kolam.

Bermulanya tahun baru Muharam 1431 H, aku sudah pun berada di Nilai. Memulakan tahun baru dengan memenuhi harapan kedua orang tua dan adik-adik melawat sekitar Kuala Lumpur, Nilai dan Port Dickson. Harapan agar mereka tidak rajuk hati dek hanya kepulangan yang sebentar di rumah.

Setelah itu, keputusan perperiksaan semester lepas menjengah diri. Berbondong-bondong pesanan ringkas bertanyakan soalan yang sama. "Slm. Dh tengok result ka syeikh. Dpt bp?". Alhamdulillah, setakat inilah usaha yang setimpal dengan balasanNya. Masih mampu mengukir senyuman di bibir. Tahniah kepada semua sahabat seperjuangan atas keputusan antum dan antunna. Hidup mesti diteruskan. Hari ini adalah lebih baik dari hari semalam.

Yang pastinya, hidup ini menuntut pengorbanan dan penghijrahan. Dari bab besuci, berpindah kepada bab nikah kahwin. Mungkin ini menjadi sedikit pengubat buat beberapa orang sahabat tatkala 10 subjek menghiasi jadual semester ini. Masih jauh perjalanan. Masih banyak ilmu yang belum dikutip. Manfaatkan sebaiknya waktu yang masih ada wahai sahabat.

p/s: agak terlewat utk publish post ni..

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP