Friday, June 26, 2009

Jagalah sejarah kita..

Assalamualaikum kepada yang baru kembali menatap blogku yang usang ini setelah sekian lama menyepi. Akanku berjanji pada diri ini untuk selalu meng'imarah' taman ini. Insya Allah. Moga Allah memberikanku kekuatan..amin.

Alhamdulillah pagi ini Allah Taala masih memberikanku kekuatan untuk solat subuh berjemaah dihiasi pula dengan sujud sejadahnya. Alunan gemersik suara Amir, teman serumahku mengalunkan bacaan Surah Sajdah memang menusuk kalbu yang gersang dek kurang dibajai iman. Sebaris denganku, A.Muzakir, A.Syahril, A.Afiq dan A.Farid Din. Mereka teman serumahku merangkap pembimbing aku dan Amir yang masih baru.

Selesai memberi salam, fikiranku terus menyelak kembali lembaran zaman persekolahan dahulu. Beginilah keadaanku di rumah sewa usang nun hujung di Jalan Pegawai, A.Star. Kami hidup bagaikan satu keluarga yang cukup akrab malahan lebih dari itu.

Apabila tibanya waktu solat, pastinya kami berjemaah sekali. Sekiranya ada kelapangan, akan diisi dengan tazkirah. Ma'thurat selepas asar dan subuh memang menjadi amalan kelaziman. Selepas subuh akan berkumandanglah alunan Al-Quran di segenap sudut rumah. Kalau nak tidur sekalipun, terpaksa menunggu matahari terbit dahulu..kalau tidak akan dicop sebagai penolak rezeki..haha.



Jikalau masak dan makan tetap sekali dan setalam. Tidur beramai-ramai di ruang tamu...haha cukup nikmat waktu itu. Kalau lewat ke sekolah, semuanya lewat. Takpa..sebab ketua pengawas pun dok di situ..haha.

Itu zaman persekolahan. Sekarang aku sudah berada di menara gading. Kalian semua pasti akanku semat di fikiranku ini sampai bila-bila. Aku selalu berterima kasih kepada Allah kerana membimbingku berjalan di dunia yang fana' ini. Ternyata Allah masih sayang kepadaku. Jikalau ada sedikit ujian itu biasalah, sebagai penghibur duka. Hidup disulami kesenangan semata-mata juga pasti membosankan. Ibarat seorang ayah memarahi anaknya jika berbuat kesalahan, itu tandanya sayang.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. AL-ANKABUT:2&3


Semasa kelas tafaqquh bersama Dr. Zulkifli Al-Bakri, aku masih ingat akan ualasan Dr. Zul berkenaan husnus sirah. Iaitu sirah yang baik. Kita sebagai pelajar Muslim, belajar di Universiti Islam, belajar ilmu Fardhu Ain merupakan pendokong kepada agama Allah. Tidak dapat tidak untuk kita lari dari kenyataan tersebut. Biarlah berselindung di sebalik mana sekalipun, hal itu pasti akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Apa yang kamu telah lakukan untuk Aku?

Berusahalah menjaga sirah perjalanan hidup kita agar tidak tercela dengan noda. Sebagai contoh, katakanlah suatu hari nanti kita menjadi pemimpin masyarakat, agamawan dan ulama' professional dll. Pasti orang akan menyelak kembali sejarah kita. Jika dahulunya kita mempunyai sejarah silam yang agak buruk, pasti akan menjejaskan imej kita itu sendiri. "Alah ustaz ni, dulu dia ni la yang dok bercouple dengan aku". Lihat..

Tetapi jangan disalah ertikan sekiranya seseorang itu mempunyai sejarah silam yang buruk bererti dia tidak boleh berubah. Cuma pesan Dr. Zul, kita cuba sedaya upaya untuk menjaga sirah perjalanan hidup kita dengan baik. Cuba lihat Ulama' yang masyhur dan hebat pastinya mempunyai sirah hidup yang baik, datangnya dari keluarga yang baik. Hatta untuk mencari pasangan hidup pun, kita dianjurkan untuk mencari dari kalangan keluarga yang baik.

Akhirnya, berimanlah kita pada Qada' dan Qadar Allah Taala, berusahalah untuk kita memperbaiki diri. Sekiranya kita melakukan kesalahan, kembalilah bertaubat kepadaNya. Berdoalah agar kita sentiasa dibimbing di bawah petunjukNya..Amin.

Thursday, June 11, 2009

Konvoi Nilai - Kuala Lipis


Alhamdulillah, baru-baru ni aku, amir, umar berpeluang menziarahi rumah salah seorang senior kami yang lebih mesra kami panggil Abang Mie Bapong di Kuala Lipis, Pahang. Sebab pa orang panggil dia Mie Bapong, sebabnya dia dok Kg. Bapong. Kadang-kadang rasa macam tak sangka dan tak percaya ja yang kami boleh sampai ke Kuala Lipis , Pahang sana nu. Tambah pulak konvoi naik moto ja..ish3

Bukan pa, malam sebelum tu aku dengan selambernya berseloroh dengan A.Mie, "nak pi rumah nta boleh dak? Lagipun boleh kami iring nta balik sampai pintu rumah.." dengan nada bersahaja sambil terlentang tendgok tv. Harapnya dia pun cuma nak berlawak jugak, tapi tiba-tiba serius. "ha..boleh jugak. Lagipun ana nak bawak balik moto ke kampung, maklumlah ana ni moto ada, tapi lesen dah mampuih" kata A.Mie yang fasih berbahasa loghat Kedah walaupun orang Pahang, kadang-kadang tak macam orang Pahang pun.



So, tanpa perancangan rapi kami pun bertolak ke K.Lipis keesokan paginya. Asalnya dua biji moto, aku dan amir naik ngan a.mie. Tapi last-last minit umar nak join sekali. Kira 3 biji moto la berkonvoi. Kami pun bergeraklah dari Nilai menuju Sg.Besi, pastu amik jalan Ampang terus ke Lebuhraya Karak. Pastu amik exit Bentong-Raub-K.Lipis. Kami berenti banyak tempat la jugak. Maklum la naik moto, kebaih abih seluruh badan. Singgah Raub solat Zohor dan makan tengah hari.



Dalam pukul 3 sampai la di Kg. Bapong Kuala Lipis, Pahang. Kalau sapa nak balik Kelantan mesti lalu punya jalan tu, kalau terus ke Gua Musang. Cadangnnya nak lajak terus ke Kelantan. Tapi memandangkan komitmen lain ada di Nilai, kami terpaksa membatalkan hasrat murni tersebut. Mungkin ada rezeki lain kali Insya Allah. Sempat la kami bermalam di rumah A.Mie semalam. Esoknya kami pun balik ke Nilai.

Tapi apabila difikir balik, sekali-sekala kita kena juga bermusafir dengan sahabat-sahabat ni. Memang mengeratkan ukhuwwah. Lagipun, muda-muda ni la nak berjalan, tua esok dah tak larat. Apa-apa pun pasti akan ku ingat kenangan ini. Jom konvoi p Jitra plak!

Tuesday, June 09, 2009

Adakah Allah itu bertempat?

Jika dibaca tajuk entri pada kali ini, saya percaya bakal menimbulkan sedikit kontroversi. Tetapi bukanlah persoalan khilafiah yang ingin diutara dan diperbahaskan kerana saya bukanlah 'ahlinya' yang layak untuk berbicara persoalan khilaf ini. Cuma untuk mengajak anda semua berfikir beberapa perkara harian yang kita lakuakan rupa-rupanya bersangkutan dengan soal aqidah.

Kita sebagai seorang Islam mengakui bahawa Allah itu ada, walaupun pada hakikat mata kasar kita tidak dapat melihat Allah kerana ini sudah maklum bahawa Allah itu terdiri daripada perkara ghaibiyyat (tidak dapat dilihat). Sebab itulah ciri orang bertakwa yang pertama disebut di dalam Al-Quran adalah orang yang percaya kepada perkara ghaib.

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian yang Kami berikan kepada mereka." AL-BAQARAH:2-3

Tetapi realiti yang berlaku sekarang, rata-rata menganggap Allah Taala itu bertempat. Apa tidaknya, jika ke masjid barulah ditutupnya segala aurat, jika bersolat barulah mencari kain pelikat atau telekung. Tahu pula kalau tak tutup aurat tak boleh solat. Adakah Allah itu hanya berada di masjid sahaja?

Hakikatnya orang punya rasa bertuhan ketika solat, berpuasa, di masjid, ceramah agama, ketika itu mereka merasakan bahawa mereka dilihat oleh Allah, sedangkan 24 jam kita sentiasa diperhatikan, setiap hela nafas kita dikira. Masakan tidak, yang perempuannya menyarung jeans ketat, tudung tetap pakai tapi dinampakkannya leher, bertenggek atas motor dengan lelaki ajnabi yang tidak kurang dengan seluar tiga sukunya (macam otaknya yang tiga suku juga). Astaghfirullah, tapi yang baiknya sikit solat tetap solat. Tetapi persoalannya, di manakah nilai solat tersebut yang dikatakan pencegah kemungkaran bagi pelakunya. Adakah Allah berbohong?

Teringat perumpamaan yang dibawa oleh seorang abang ketika di maahad, beliau berkata "kalaulah kita beli cendol, baik punya, tiba-tiba try ambik ayaq acaq satu camca pun jadi la boh dalam cendol tu, konfom tak leh minum." Nak beritahu di sini bahawa amalan baik yang kita lakukan walau banyak, jika dicemari walau sedikit maksiat nescaya punah segala amalan.

So, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua pembaca bahawa Allah Taala itu ada di mana-mana. Berperilakulah seperti seseorang sedang melihat perbuatan kita. Sesungguhnya 'CCTV' Allah jauh lebih hebat yang akan diulang tayang di akhirat kelak dimana semua akan menyaksikannya.

Monday, June 08, 2009

Muktamar PAS ke-55 melabuhkan tirainya..


Hari ini tercatatlah dalam sejarah, Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi kali yang ke-55 sudah pun melabuhkan tirainya. Pada tahun ini negeri Selangor diberi mandat untuk menganjurkan takwim tahunan parti ini sebagaimana yang dianjurkan sebelum ini.

Setelah 3 hari para perwakilan dari setiap negeri berkampung bagi menjayakan agenda Muktamar pada kali ini bermula pada 5/6 hingga 7/6 maka 'teraju' baru parti telah diumumkan dengan mengekalkan kepimpinan ulama' dan Islam sebagai dasar perjuangan yang membuatkan parti ini berbeza dengan mana-mana parti politik yang lain.

Pengalaman bagi sesiapa yang sempat mengikuti Muktamar pada kali ini mesti suatu pengalaman yang cukup manis berdamping dengan para ulama' dengan pengisian yang bermanfaat ditambah pula kedudukan tempat yang agak strategik dan kemudahan prasarana yang menggamit kedatangan pelbagai golongan masyarakat terutama golongan mahasiswa sekitar Lembah Klang.

Ternyata sokongan rakyat terhadap parti ini tidak pernah pudar walaupun dilagakan oleh pelbagai pihak dan media. Tahniah diucapkan kepada 'teraju' baru parti, moga-moga Allah merahmati kita bersama. Semoga bertemu di Muktamar pada tahun hadapan Insya Allah..

Firman Allah : Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang tertatur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. AS-SAF:4

Keputusan Penuh Pemilihan:

Presiden PAS: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Timbalan Presiden PAS: Nasharudin Mat Isa, (480)

Naib Presiden

1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)

Ahli Jawatankuasa Kerja

1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)

3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)>
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)

5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)

6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)

7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)

8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)

11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)

12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)

13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)

14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)

15) Ustaz Hashim Jasin, (522)

16) Mazlan Aliman, (513)

17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)

18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP