Tuesday, June 09, 2009

Adakah Allah itu bertempat?

Jika dibaca tajuk entri pada kali ini, saya percaya bakal menimbulkan sedikit kontroversi. Tetapi bukanlah persoalan khilafiah yang ingin diutara dan diperbahaskan kerana saya bukanlah 'ahlinya' yang layak untuk berbicara persoalan khilaf ini. Cuma untuk mengajak anda semua berfikir beberapa perkara harian yang kita lakuakan rupa-rupanya bersangkutan dengan soal aqidah.

Kita sebagai seorang Islam mengakui bahawa Allah itu ada, walaupun pada hakikat mata kasar kita tidak dapat melihat Allah kerana ini sudah maklum bahawa Allah itu terdiri daripada perkara ghaibiyyat (tidak dapat dilihat). Sebab itulah ciri orang bertakwa yang pertama disebut di dalam Al-Quran adalah orang yang percaya kepada perkara ghaib.

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian yang Kami berikan kepada mereka." AL-BAQARAH:2-3

Tetapi realiti yang berlaku sekarang, rata-rata menganggap Allah Taala itu bertempat. Apa tidaknya, jika ke masjid barulah ditutupnya segala aurat, jika bersolat barulah mencari kain pelikat atau telekung. Tahu pula kalau tak tutup aurat tak boleh solat. Adakah Allah itu hanya berada di masjid sahaja?

Hakikatnya orang punya rasa bertuhan ketika solat, berpuasa, di masjid, ceramah agama, ketika itu mereka merasakan bahawa mereka dilihat oleh Allah, sedangkan 24 jam kita sentiasa diperhatikan, setiap hela nafas kita dikira. Masakan tidak, yang perempuannya menyarung jeans ketat, tudung tetap pakai tapi dinampakkannya leher, bertenggek atas motor dengan lelaki ajnabi yang tidak kurang dengan seluar tiga sukunya (macam otaknya yang tiga suku juga). Astaghfirullah, tapi yang baiknya sikit solat tetap solat. Tetapi persoalannya, di manakah nilai solat tersebut yang dikatakan pencegah kemungkaran bagi pelakunya. Adakah Allah berbohong?

Teringat perumpamaan yang dibawa oleh seorang abang ketika di maahad, beliau berkata "kalaulah kita beli cendol, baik punya, tiba-tiba try ambik ayaq acaq satu camca pun jadi la boh dalam cendol tu, konfom tak leh minum." Nak beritahu di sini bahawa amalan baik yang kita lakukan walau banyak, jika dicemari walau sedikit maksiat nescaya punah segala amalan.

So, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua pembaca bahawa Allah Taala itu ada di mana-mana. Berperilakulah seperti seseorang sedang melihat perbuatan kita. Sesungguhnya 'CCTV' Allah jauh lebih hebat yang akan diulang tayang di akhirat kelak dimana semua akan menyaksikannya.

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP