Wednesday, December 09, 2009

Jeans vs Slack : Simbolik negatif dan positif ..?



Melangkah masuk ke pintu gerbang Maktab Mahmud, Alor Star mengigatkan aku pada 'pantang larang' maahad. Langkah diatur, bahasa disusun, pakaian dijaga, agar ia tidak menyinggung 'pantang larang' si 'penunggu' setia.

Meskipun pak guard sentiasa bersiap siaga di bilik kebalnya, ia tidak perlu mengingatkan hal ini kepada putera puteri maahadi apatah lagi kepada yang sudah menjadi 'bekas'. Ya, ia memang tradisi yang diwarisi! Bertudung litup bagi puterinya di bawah paras dada, berkopiah bersongkok, berserban bagi puteranya. Usah bersandiwara jika di dahi sudah terukir pelajar Maktab Mahmud.

Cerita dulu-dulu, kalau sesiapa yang tidak memakai kopiah, tak thiqah namanya. Tambahan pula seluar jeans dikenakannya, alamatnya cop fasiq yang kena. Itu cerita dulu, "kalau nak diikutkan dulu, tok aku pun anak dara" frasa dari seorang sahabat. Geli hati mendengarnya.

Hari ini aku terfikir, apakah yang wujud ketika aku berada di maahad suatu ketika dahulu hanya cuma satu tradisi turun temurun..? Apakah ini merupakan simbolik kepada jeans bahawa ia sesuatu yang negatif. Perlu dibuang jauh..Pernah aku cuba menimbulkan isu ni di dalam post-post terawal aku, tetapi versi yang sedikit berbeza.

Hal ini kembali segar setelah perbincangan ilmiah berlaku antara sahabat di ruang maya Facebook. Bukan mencari siapa yang benar siapa yang salah. Bukan juga ingin mempertahankan adat dan tradisi. Jika benar katakan benar, jika salah katakan salah. Apa pendapat anda..?


p/s: satu koleksi jeans terbaru berada di dlm almari hasil pemberian zaki, setelah hampir 8 tahun almariku tidak tersimpan jeans..

4 comments:

Mohd Hazimin Harun said...

lasindah la cafe lasindah....la la la

SYAHRIL KAMARUDIN said...

ana suka ngn gambar zaki,haha.cam iklan ubat pelangsing lak

tok pulai chondong said...

uruf yg menentukan....

soutul muslimah said...

pasal pakai seluar jeans ni bnyak dah dibualkan,,,just sedikit komen ana..ikut kpd si pemakainya.jika sipemakainya seorg ulama' sesuai ke nak pakai jean..ana masih ingat lagi kata2 pak long siqah kita pabila berdepan dengan mad'u juga penting.tgk juga la ketegori mad'u kita...ape2 pun tepuk dada tnye iman.tapi ana suka tgk penampilan tok guru niak aziz.sape sekalipun mad'unya tetap dengan penampilan tersendiri.asif minni.

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP