Friday, January 30, 2009

Kalam pertama

Salam,
Pertama dan selamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul Jalil kerana masih lagi bernafas di atas muka bumiNya beserta 2 kurniaan nikmat terbesar iaitu ISLAM dan IMAN.

Saya merasakan bahawa dunia blog dan penulisan bukanlah 'field' ataupun bidang saya. Tetapi atas desakan dari luar yang memaksa saya untuk mencipta satu laman blog saya sendiri moga2 semua dapat mengambil manfaat darinya sebagai salah satu medium dakwah dan tarbiyyah.

Sebenarnya, selepas menghadiri Liqo' Batch saya beberapa hari lepas, timbul satu cadangan dari[ada seorang sahabat saya yang menginginkan semua ahli batch kami mempunyai blog persendirian dengan bermatlamatkan agar tertaut jalinan ukhuwwah di antara kami di samping berkongsi idea dan pandangan. Saya antara orang yang berkerut dahi kerana memikirkan ini perkara yang sukar bagi saya.

Saya akui memang saya tidak pandai bermadah pujangga seperti Usman Awang, A.Samad Said, Hazimin dan seangkatan dengannya, oleh itu saya pohon tunjuk ajar dari golongan ini untuk blog saya terus bernafas di ruangan siber ini. Kata-kata yang cantik mengikut susunan liuk lentoknya yang lahir dari hati yang tulus ikhlas akan meresap masuk ke dalam hati pembacanya merupakan salah satu senjata dakwah yang terpenting zaman ini. Lihat sahajalah susunan ayat Al-Quran yang begitu cantik nahu dan sorofnya sehingga mengalahkan syair puisi Arab Jahiliah dan terlalu ramai orang memeluk Islam tatkala mendengar kalam suci ini hatta sekeras hati Saidina Umar, hancur, luluh dan rebah dengan kalam suci Ilahi ini.

Setakat ini dahulu kalam pertama saya dan saya mengharapkan ini bukan kalam yang terakhir. Astaghfirullah3x..Wassalamualaikum.

3 comments:

Anonymous said...

huuuiiiyooooo....insan biasa...mantopla madnot...semutrajin memang besssssss....

Anonymous said...

salam akhi. ltak la shoutbox. bleh la nak komen, umpaq , kutuq n pakuq

Fazareez Fauzi said...

Terima kasih krn sudi mengomen..ajari aku tuk jadi blogger terhebat..

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP