Saturday, January 31, 2009

Khusyuk..

Sekarang merupakan musim menuai padi di Kedah. Lazimnya musim ini merupakan musim kemarau, panas kering dilanda angin kencang yang bertiup. Tanah menjadi gersang kekeringan, anak-anak kecil berlari sambil bermain layang-layang di atas batas sawah yang kering seluas hamparan padang bola sepak. Sawah padi saat ini bagaikan padang bola untuk anak-anak muda. Inilah suasana musim menuai padi. Biarlah tanah yang kering kontang, tapi jangan sesekali biarkan hati kita kering dalam mengingati Allah, biarlah tidak wujud musim 'menuai' dalam hati kita, biarlah ia sentisa basah dan banjir dengan zikrullah, Allah...

Pagi ini sebelum aku melangkah pulang ke Nilai, sempat aku mendengar kuliah Subuh di masjid berdekatan rumahku. Terasa berat untukku bangun pagi ini, mujur Allah memberi kekuatan padaku untuk berjemaah di masjid hasil ajakan ayahku. Setibanya di masjid, kelihatan kereta dan motorsikal bersusun-susun. Terus mengikatkan aku kembali kpd announcement sebelum Jumaat semalam. Rupa-rupanya pagi ini merupakan Kuliah Subuh Ust Ahmad Abdullah, seorang ulama' dari Indonesia seangkatan dgn Sheikh Nuruddin tetapi telah lama bermastautin di Kedah. Terasa nikmat setelah lama tidak ada pengisian terahadap hati yang mula gersang.

Khusyuk. Inilah topik yang dibincangkan pagi ini, moga2 kita dapat berkongsi bersama sebagai pedoman. Bagi golongan ahli tasawwuf, Khusyuk merupakan prasyarat bagi solat mereka sah. Imam Sufyan As-Sauri pernah berkata, sekiranya tiada khusyuk dalam solat, maka solat itu tidak sah. Tetapi bagi kita orang awam, sememangnya ketiadaan khusuk dalam solat tidak menjejaskan kesahihan solat, tetapi ia adalah perkara yang cukup dituntut kerana di situlah terletaknya 'nilai' solat kita. Solat yang diterima terletak pada kekhusyukan dan keikhlasan kita menunaikan solat. Hasanatul abrar, saiyyiatul muqarrabin..

Menyambung kembali perihal khusyuk dalam solat, diceritakan bahawa Sayyidut Tabiien Said bin Jabir bersolat di satu masjid selama 40 tahun tanpa mengetahui siapa orang di kiri dan kanannya hatta siapa yang menjadi imam kerana terlalu khusyuknya beliau di dalam solat. Saat beliau mengangkat takbir maka lenyaplah seluruh isi dunia dari ingatan, yang ada hanyalah Allah..Berbeza dengan kita hari ini, sempat lagi bersembang dan membaca SMS di dalam sof. Begitu jauhnya kita dengan Allah. Sudahlah hampir kesemua masa kita tidak mengingati Allah, inikan pula dalam solat pun kita gagal untuk mengingati Allah dengan sempurna. Hasilnya, berlakulah kebejatan masalah sosial tidak kira muda atau tua, semuanya sama sahaja.

Memang payah untuk kita mencapai khusyuk dalam solat. Tetapi perkara ini tidaklah mustahil untuk dilakukan. Cubalah berusaha ke arah itu, sekurang-kurangnya solat kita akan dinilai juaga oleh Allah walaupun sedikit. Cuba bayangkan saat anda bersembang dengan rakan anda, tiba-tiba sambil seronok bersembang rakan anda tidak menumpukan perhatian kepada anda sambil melakukan perkara yang lain. Apakah perasaan anda ketika itu?? Begitu juaga saat kita 'bersembang' mengadu kepada Allah dalam solat.. Fikirkanlah, moga2 perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua termasuk diri yang menulis. Wallahua'lam.

Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. Al-Mu'minun:1,2

4 comments:

NoW-aRe-We said...

leh r link ngan blog ana k..www.now-why2.blogspot.com

abunajah said...

salam ziarah..khusyuk merendah diri di depan Tuhan.. lancang membangga diri di depan kuffar bahawa Islam hidup dan matiku!!

Fazareez Fauzi said...

Takbir..!!

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

Allahuakbar!!

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP