Wednesday, April 29, 2009

Mesti baca..!!


Keberangkatanku ke Pesta Buku Antarabangsa baru-baru ini nyata tidak sia-sia. Memang aku akui yang diriku ini bukannya 'si ulat buku' jika nak dibandingkan dengan sahabtaku Hazimin Harun yang tidur pun berbantalkan buku. Tidak sedikit pun lokek jika kerana buku.

Hajatku pada asalnya turun menjengah Kuala Lumpur atas dasar untuk membaiki handset. Kalau tidak jangan harap untuk aku 'berfoya-foya' di tengah kota tanpa arah tujuan. Memang aku tidak suka keadaan sibuk yang melampau. Memeningkan kepala! Memang sesuai Allah takdirkan aku membesar di Negeri Jelapang Padi yang jauh dari hiruk-pikuk kota. Alhamdulillah..

Atas ajakan Hazimin, Baari, Lah, Sulaiman, Ust Bob aku pun sudilah bertandang ke Pesta Buku. Ya, sekadar melawat. Cukup meriah. Tetapi seakan ada suatu aura tatkala aku membelek buku-buku hasil karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ibarat malaikat itu.

Terus aku capai satu. Muhammad SAW Insan Teladan Sepanjang Zaman tajuknya. Cukup menarik. Mengenai sirah peperangan Zaman Nabi dahulu. Hajatnya nak ambil 2 buah, tetapi bajet tak mengizinkan pula. Lalu aku pun berpakat dengan Hazimin untuk bertukar-tukar buku, jadi dia pun beli la 1 lagi. Lega hatiku. Yang seronoknya, siap dapat poster Tok Guru lagi..

Lah seakan-akan iri hati. Apa tidaknya, dia sudah beli di tempat lain. Poster tak da la. Tapi dia berjaya mendapat poster hasil perancangan rapi bersama Hazimin. Tahniah! Cuma buku yang dibeli Lah cukup mendapat perhatian aku, Bidadari Dari Timur. Hasil karya isteri kepada Tok Guru. Baru sahaja dilancarkan. Masih panas di pasaran.

Sampai sahaja di Nilai, terus ku pinjam buku itu dari Lah. "Pok Loh, demo abih baco, wi ke ambo pulok ya deh" ujarkku penuh pengharapan. Terselit 1001 memoir isteri seorang pejuang. Memang tersentak, tersentap, terasa tatkala membacanya. Penuh pengisisan. Terselit satu kata-kata indah, "Berdirinya seorang lelaki yang hebat, pasti di belakangnya ada seorang wanita yang hebat"...

Buku ini mesti dibaca buat pejuang serikandi Islam. Bagaimana pahit jerih kehidupan seorang pejuang menghadapi liku-liku hidup di saat menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Tidak lain dan tidak bukan hanya mengharapkan keredhoaan Allah.

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP