Thursday, April 23, 2009

Aduhai 'Markah Kasihan'...



Oh 'markah kasihan'..,
namamu tiba-tiba menjadi cerita,
semua orang berbicara,
tidak kira muda atau tua,
professor atau pegawai penjara,
di kota atau di desa,
semuanya sibuk bercerita,
dek gara-gara NOR(bukan nama sebenar) punya angkara,
aku pun dah bagai nak gila,
sakit pun ada ada terasa pun ada,
tapi apa-apa pun kita serah saja pada yang Maha Esa,
kerana Dialah penilai yang saksama,
tidak ada 'kasihan' punya...


Walaupun dah agak lambat saya rasakan untuk saya timbulkan isu ini di ruangan maya buat tatapan semua, tetapi diri ini rasa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk mengulas sedikit sebanyak mengenai 'fitnah'(bak kata Akh Farid Din dalam blog beliau) kerana saya juga merupakan 'ahli keluarga' Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Takkanlah sebagai ahli keluarga kita hanya berdiam diri melihat keluarga kita dipijak, dilanyak, dihenyak, dll..

First sekali saya nak bawa anda semua menelusuri kembali sirah di zaman Rasulullah SAW ketika sebelum berlakunya Perperangan Ahzab (perperangan antara muslimin Madinah dengan musyrikin Mekah) yang mana pada ketika itu, puak-puak Yahudi laktunallah ini telah melakukan pengkhianatan terhadap Baginda Nabi dan berpakat dengan kaum musyrikin Mekah untuk menyerang dan menumbangkan kerajaan Islam Madinah.

Kemudian berita(boleh dikatakan sebagai Fitnah) itu terus tersebar dengan cepat di kalangan penduduk Madinah, walhal Nabi telah berusaha sedaya upaya untuk menyekatnya dari tersebar kerana bimbangkan penduduk Madinah berada dalam ketakutan. Tetapi ini adalah angkara puak-puak Munafiqin di Madinah yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan dan menanggguk di air yang keruh. Memang perangai puak munafiq ini suka menangguk di air yang keruh dan menyebakan air itu semakin keruh.

Puak-puak ini cuba sedaya-upaya memburukkan peribadi Nabi dengan menyifatkan kegagalan Rasulullah SAW menyatukan penduduk Madinah melalui shahifah Madinah, "kata 16 September nak tukaq kerajaan(contoh) xdak papa pun", nilah perangai puak-puak munafiq. Kemudian mereka cuba menakut-nakutkan penduduk Madinah dengan dakwaan tersebut.

Apa yang saya cuba nak relatekan dari kisah ini, sememangnya perangai puak Munafiq dari dulu sampai la ni(orang kedah kata) memang tak pernah berubah. Mereka akan tetap mencuba untuk memburukkan imej ISLAM, Universiti ISLAM, orang ISLAM, pelajar ISLAM seburuk-buruknya dengan mengedarkan dakyah-dakyah yang tidak berasas seperti yang menimpa pada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada keluaran muka hadapan Kosmo bertarikh 15 April 2009.



Memang berita itu betul-betul menjatuhkan reputasi dan nama baik USIM selama ini. Orang yang bertindak menyebarkannya juga turut perlu bertanggungjawab dan tak ubah seperti puak-puak yang saya sebutkan di atas. Ingat saham kat akhirat esok ada juga bahagian hang, jangan risau, cuma mungkin percentage dia kurang sikit la dari yang buat cerita ni. Tak kena kat dunia, kena kat akhirat esok pulak, time tu NO markah kasihan la..

Jikalau anda mengikuti tulisan saya sebelum ni, saya menyentuh soal demokrasi dalam entri saya yang lepas. Tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, di manakah demokrasi yang dijulang selama ini? Akhbar yang sepatutnya menjadi medium penyampaian maklumat kepada rakyat jelata ternyata berat sebelah. Mengeluarkan cerita-cerita dan spekulasi-spekulasi konteroversi demi mencari publisiti murahan dan menguntungkan sebelah pihak sahaja. Hanya mendengar kenyataan sebelah pihak sahaja dan terus memutarbelit isu untuk menjadi lebih panas dan tatapan lebih ramai pihak. Tak ubah macam perangai munafiq!

Sepatutnya media ini lebih bersikap telus dan jujur dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jikalau A beritahulah A, ini tidak A dikatakan Z(nak habaq kata jauhnya menyeleweng, kalau dalam bahasa arab orang panggi sighah mubalaghah).

Sebelum saya sudahi, saya nak sambung balik cerita peperangan Ahzab tadi. Selepas itu Rasulullah pun memanggil 2 orang sahabat iaitu Saad bin Muazz dan Saad bin Ubadah dari kalangan Kaum Arab Ghatfan untuk disuruh memujuk kaum mereka supaya tidak berkerjasama dengan kaum musyrikin Mekah dalam perperangan tersebut sehinggakan Baginda bersedia untuk memberi mereka 1/3 dari hasil mahsul(hasil ladang kurma di seluruh Madinah) agar mereka menarik diri kerana terlalu bimbangkan keselamatan bumi Madinah tercinta.

Kemudian 2 orang sahabat ini bertanya Rasulullah, "adakah ini merupakan wahyu dari Allah ataupun pandangan Engkau sendiri Ya Rasulullah? Jika ini wahyu dari Allah kami akan patuh, tetapi jika ini pandangan Engkau, kami punyai cadangan lain" Rasulullah menjawab, "ini hanya sekadar pandangan aku". Kemudian 2 orang sahabat ini pun menyuarakan pandangan "Demi Allah! kami tidak akan menyumbatkan hasil buah-buahan kami ke dalam mulut mereka, sebaliknya kami akan menghunus senjata kepada mereka, sehingga Allah SWT menentukan takdirNya samada kita menang atau kalah".

Ya, sahabat-sahabat sekalian bangkitlah memperjuangkan maruah kita disamping kita muhasabah kembali apakah hikmah Allah Taala disebalik 'bala' yang menimpa ini. Jangan biarkan golongan 'munafik' ini terus menjatuhkan kita.

*sumber rujukan dari buku berjudul Muhammad SAW, insan teladan sepanjang zaman, karangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP