Friday, June 26, 2009

Jagalah sejarah kita..

Assalamualaikum kepada yang baru kembali menatap blogku yang usang ini setelah sekian lama menyepi. Akanku berjanji pada diri ini untuk selalu meng'imarah' taman ini. Insya Allah. Moga Allah memberikanku kekuatan..amin.

Alhamdulillah pagi ini Allah Taala masih memberikanku kekuatan untuk solat subuh berjemaah dihiasi pula dengan sujud sejadahnya. Alunan gemersik suara Amir, teman serumahku mengalunkan bacaan Surah Sajdah memang menusuk kalbu yang gersang dek kurang dibajai iman. Sebaris denganku, A.Muzakir, A.Syahril, A.Afiq dan A.Farid Din. Mereka teman serumahku merangkap pembimbing aku dan Amir yang masih baru.

Selesai memberi salam, fikiranku terus menyelak kembali lembaran zaman persekolahan dahulu. Beginilah keadaanku di rumah sewa usang nun hujung di Jalan Pegawai, A.Star. Kami hidup bagaikan satu keluarga yang cukup akrab malahan lebih dari itu.

Apabila tibanya waktu solat, pastinya kami berjemaah sekali. Sekiranya ada kelapangan, akan diisi dengan tazkirah. Ma'thurat selepas asar dan subuh memang menjadi amalan kelaziman. Selepas subuh akan berkumandanglah alunan Al-Quran di segenap sudut rumah. Kalau nak tidur sekalipun, terpaksa menunggu matahari terbit dahulu..kalau tidak akan dicop sebagai penolak rezeki..haha.



Jikalau masak dan makan tetap sekali dan setalam. Tidur beramai-ramai di ruang tamu...haha cukup nikmat waktu itu. Kalau lewat ke sekolah, semuanya lewat. Takpa..sebab ketua pengawas pun dok di situ..haha.

Itu zaman persekolahan. Sekarang aku sudah berada di menara gading. Kalian semua pasti akanku semat di fikiranku ini sampai bila-bila. Aku selalu berterima kasih kepada Allah kerana membimbingku berjalan di dunia yang fana' ini. Ternyata Allah masih sayang kepadaku. Jikalau ada sedikit ujian itu biasalah, sebagai penghibur duka. Hidup disulami kesenangan semata-mata juga pasti membosankan. Ibarat seorang ayah memarahi anaknya jika berbuat kesalahan, itu tandanya sayang.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. AL-ANKABUT:2&3


Semasa kelas tafaqquh bersama Dr. Zulkifli Al-Bakri, aku masih ingat akan ualasan Dr. Zul berkenaan husnus sirah. Iaitu sirah yang baik. Kita sebagai pelajar Muslim, belajar di Universiti Islam, belajar ilmu Fardhu Ain merupakan pendokong kepada agama Allah. Tidak dapat tidak untuk kita lari dari kenyataan tersebut. Biarlah berselindung di sebalik mana sekalipun, hal itu pasti akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Apa yang kamu telah lakukan untuk Aku?

Berusahalah menjaga sirah perjalanan hidup kita agar tidak tercela dengan noda. Sebagai contoh, katakanlah suatu hari nanti kita menjadi pemimpin masyarakat, agamawan dan ulama' professional dll. Pasti orang akan menyelak kembali sejarah kita. Jika dahulunya kita mempunyai sejarah silam yang agak buruk, pasti akan menjejaskan imej kita itu sendiri. "Alah ustaz ni, dulu dia ni la yang dok bercouple dengan aku". Lihat..

Tetapi jangan disalah ertikan sekiranya seseorang itu mempunyai sejarah silam yang buruk bererti dia tidak boleh berubah. Cuma pesan Dr. Zul, kita cuba sedaya upaya untuk menjaga sirah perjalanan hidup kita dengan baik. Cuba lihat Ulama' yang masyhur dan hebat pastinya mempunyai sirah hidup yang baik, datangnya dari keluarga yang baik. Hatta untuk mencari pasangan hidup pun, kita dianjurkan untuk mencari dari kalangan keluarga yang baik.

Akhirnya, berimanlah kita pada Qada' dan Qadar Allah Taala, berusahalah untuk kita memperbaiki diri. Sekiranya kita melakukan kesalahan, kembalilah bertaubat kepadaNya. Berdoalah agar kita sentiasa dibimbing di bawah petunjukNya..Amin.

14 comments:

Wida' said...

pergh..mantOp..
cemburu an..=)

slm juang,shbt!

Fazareez Fauzi said...

xdk pa2 p0n. biasa ja..doakan agar ana trus thabat dlm perjuangan Insya Allah

adele said...

alhamdulillah..x sia2 blajaq aqidah..

Maisarah BT Mohamed Rafie said...

Wah...kagum!ukhuwah tu la yang m'bimbing kita & penguat kita utk terus thabat.jagalah ukhuwah kurniaan ALLAH tu baik2..=)

Fazareez Fauzi said...

Erm..hayatilah pelajaran Aqidah tersebut krn ini bknnya hnya persoalan subjek, ttpi adlh tnjang asas seorg Muslim. Kesahihan aqidah menjurus ke arah kesejahteraan hidup..Insya Allah.

Fazareez Fauzi said...

Buat Lukisan Hati yg pink, moga2 ukhuwwah yg pupuklah ukhuwwah ke jln yg diredhoiNya. Moga2 kita tergolong dlm 7 golongan yg menerima naungan Allah di akhrt kelak..Insya Allah

Maisarah BT Mohamed Rafie said...

Ameen...=)

Anonymous said...

blog yg sgt bgus..truskan menulis

Anonymous said...

salam..kalo xsilap ana umah 2 maseh ad..nuun d ujung sana..dkt ngn umah cikgu amal putri..

Ahmad Firdaus Fuzai said...

fazarez.. ana pun suka gk bacaan amir sufu tuh.. hu~
tp.. ada sesuatu yg ana x bleh lupa psl nta.. (^_^)

Fazareez Fauzi said...

Erm..ya mmg umah 2 masih ada dan akan kekal berada d c2 hgga akhrat kelak Insya Allah. Tp Ckgu Akmal dh pindah ke Pendang.

Fazareez Fauzi said...

Masya Allah nta..ana taw dah bnda pa yg nta xleh lupa..hehe. Biarlah rahsia..

Anonymous said...

eh..yaka..da lma ka cikgu pindah??..
last ana ziarah cikgu masa ckgu dpt baby ke3 arituu..xtaw plak ckgu da pndah ke pendang..syukran bgtaw..

Fazareez Fauzi said...

Bru ja..dlm awal taun ari 2 kut..cikgu still ngajaq maahad, cm pindah umah ja.

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP