Friday, August 07, 2009

Pertembungan 2 gergasi : Siri 2


Actually semasa saya mula mengarang tajuk ini, belum lagi menjelang tarikh 1 Ogos 2009. Nyata saya khilaf. Dan saya merasakan bahawa tajuk ini tidak sesuai. Masakan pertembungan antara 2 'gergasi' sedangkan yang bertembung adalah antara 'gajah' dan 'semut'. Bagaimanakah 'semut' boleh dianggap 'gergasi'..melainkan dengan jumlah yang banyak.



Tetapi apa yang berlaku pada 1 Ogos 2009 memperlihatkan golongan Anti-ISA membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur di segenap pelusuk. Dianggarkan bahawa tidak kurang dari 90 ribu orang menyertai perhimpunan aman tersebut, walaupun di dada-dada akhbar dan televisyen mewartakan bahawa kurang 5,000 orang yang menyertainya.



Ketepikan soal jumlah. Tetapi perhatikan bagaimanakah rakyat menyampaikan suara mereka. Jika benar rakyat 'reda' dengan Akta ini, di manakah golongan Pro-ISA yang turut mencanangkan untuk turun pada hari tersebut? Kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Sebab itu di awal topik ini saya merasakan bahawa tajuk yang diletakkan agak tidak sesuai kerana tiada pertembungan yang berlaku. Sebaliknya, pertembungan dengan golongan 'topi merah' yang berlaku.



Legally speaking, sebenarnya pemisahan bidang kuasa (separation of power) antara badan Eksekutif (kabinet), Legislatif (parlimen) dan Kehakiman tidaklah diaplikasikan secara sepenuhnya di Malaysia ini. Bagaimana kita melihat adanya percampuran dan perlanggaran bidang kuasa antara 3 badan penggerak kerajaan ini.

Dalam soal ISA ini, Seksyen 8(1) akta ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri bertanggungjawab untuk melanjutkan tempoh tahanan kepada dua tahun berikutnya sekiranya beliau berpuas hati untuk penahanan seterusnya. Tidakkah ini menunjukkan bahawa kuasa Eksekutif telah melampaui kuasa Kehakiman dalam hal ini.



Disebabkan itulah, antara orang yang mula mencetuskan doktrin pemisahan kuasa ini adalah John Locke dari hasil karangan beliau 'Second Treaties of Civil Government". Di dalam penulisan ini, beliau memfokuskan kepada doktrin pemisahan kuasa kerana menurut beliau sekiranya orang yang sama membuat sesuatu undang-undang atau peraturan, peluangnya membuat undang-undang yang bias kepada keuntungan dirinya adalah lebih tinggi.



Seterusnya, Seksyen 73 Akta ini memperuntukkan bahawa sesorang yang ditahan di bawah akta ini boleh ditahan oleh mana-mana pihak polis tanpa perlu mengemukakan waran dan tunjuk sebab penahanan. Mereka juga tidak dibicarakan di mana-mana mahkhamah untuk dibuktikan bersalah. Hal ini jelas-jelas bertentangan dengan Hak Asasi Manusia yang mana hak mereka telah dinafikan. Dipisahkan dari anak dan isteri bertahun-tahun lamanya tanpa dilayan dengan keadilan yang sepatutnya.

Tajuk ini juga telah lama dibincangkan dan diperdebatkan. Cuma dihangatkan lagi buat masa sekarang. Di dalam kelas tutorial Constitutional Law saya juga tidak turut terlepas dari membincangkan mengenai hal ini. Ada yang menyokong supaya akta ini dimansuhkan. Tak kurang juga yang menyokong akta ini hanya dipinda. Semuanya mempunyai hujah masing-masing untuk dilontarkan. Tetapi apa yang penting, rata-rata menyokong bahawa akta ini perlu dikaji demi kebaikan bersama. Untuk makluman, sehingga hari ini, akta ini telah dipinda sebanyak 20 kali. Tetapi kesan daripada hasil pindaan itu masih belum boleh diterjemahkan.



Sesungguhnya Allah Tuhan segala sekian alam juga turut mempunyai 'mahkhamah' untuk membicarakan umat manusia di mahsyar kelak dimana kita bakal ditimbang di atas Mizan Allah. Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Mengapa tidak terus dihumban ke neraka bagi yang bersalah..? Tetapi kita hamba Allah yang hina dan banyak melakukan maksiat terhadapNya, dengan mudah menghukum sesorang tanpa mengadilinya. Adakah ini adil yang dikatakan?

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP