Friday, July 31, 2009

Pertembungan 2 gergasi : Siri 1


Kehangatan pertembungan antara Manchester United dengan Malaysia baru-baru ini masih lagi terasa bahangnya. Berhempas pulas kedua-dua pasukan yang nyatanya mempunyai perjuangan dan ideologi yang berbeza, tetapi mengejar hadaf dan matlamat yang sama iaitu gol.

Tetapi esok, bumi Kuala Lumpur bakal 'dilanyak' 2 gergasi hebat, memperlihatkan kumpulan masing-masing memperjuangan suara masing-masing. Golongan baju putih yang mewakili Pro-ISA, manakala golongan merah hitam membawa panji Anti-ISA.





Hajat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah agar 'suara hati' mereka didengari. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa akta yang 'zalim' ini perlu dimansuhkan. Tidak kurang pula yang menegaskan ianya perlu dikekalkan. Jika ditanya mengapa? 1 jawapan yang bakal keluar dari mulut kedua-dua pihak. Ingin melihat Malaysia dalam keadaan aman damai.

Ada yang mengatakan, hanya dengan mengekalkan akta ini akan terus menjamin keamanan Malaysia. Ada pula yang kata, akta inilah yang telah 'merobek' keamanan Malaysia, justeru ia perlu dimansuhkan.

Dengan akta inilah, jiwa-jiwa yang tidak bersalah dinodai. Dihumban ke Kamunting tanpa dibicara. Ditahan bertahun-tahun. Terpisah dengan anak dan isteri. Bertemankan lantai simen yang keras dan jeriji besi. Dek angkara ketidaksefahaman dalam politik. Akta ini menjadi mangsa. Ujar kumpulan Anti-ISA.


Berkata si Pro-ISA, akta inilah yang melindungi Malaysia dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. Menangkap perusuh dalam negara. Menyekat pengaruh militan dan sesiapa yang memberi ancaman kepada negara. Tidakkah ianya bagus untuk 'kesihatan; Malaysia. Akta ini ibarat ginjal manusia, ditapis olehnya anasir-anasir yang berbahaya kepada badan, kemudian disalurkan menjadi air kencing untuk dibuang dari badan.


Sekilas Pandang Mengenai ISA

ISA atau nama sebenarnya Internal Security Act 1960 telah dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 1960 setelah mendapat kemerdekaan daripada british pada tahun 1957. Akta ini mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan seorang pesalah atau tertuduh itu ditahan tanpa dibicarakan dengan restu dari Menteri yang berkaitan. Ia bertujuan untuk mengawal keamanan Malaysia dengan menangkap sesiapa yang disyaki menggugat keamanan Malaysia.


Sebelum adanya ISA, pihak British telah mengeluarkan satu akta pada tahun 1948 iaitu Emergency Regulations Ordinance 1948 memandangkan kedaan Malaysia dikatakan darurat pada ketika itu. Ia diilhamkan oleh Sir Edward Gent yang membolehkan seseorang yang ditahan di bawah akta ini ditahan tidak melebihi 1 tahun.

Akta ini telah dimansuhkan pada tahun 1960 dan digantikan dengan ISA yang merupakan akta ke-149 dalam Malaysia. Akta ini merupakan akta yang telah menimbulkan kontroversi sejak dahulu lagi. Antara petikan seksyen yang menimbulkan konteroversi:

Section 8(1) of the ISA provides that ‘(i)f the minister is satisfied that the detention of any person is necessary …’ then s/he may issue an order for his/her detention. The three grounds given in Section 8(1) upon which the order may be based is where a person has acted in any manner prejudicial to the:

a) security of Malaysia or part thereof; or
b) maintenance of essential services; or
c) economic life.

Tahanan yang diatahan tidak boleh dihubungkan kepada dunia luar, mahupun keluarga atau peguam selama 60 hari. Kemudian mereka kan dibawa ke Kem Tahanan Kamunting, Perak untuk penahanan seterusnya.

Berikut adalah senarai nama-nama tahanan yang pernah ditahan di bawah akta ini sepanjang ianya diperkenalkan. Klik di sini.

Masing-masing mempunyai pendapat dan hujah masing-masing. Cuma yang membezakannya adalh perjuangan yang hak dan perjuangan yang batil. Siapakah yang hak, siapakah yang batil.? Baju putih atau baju merah hitam? Wallhua'lam.

p/s: erm..nmpknya ada baju hitam ja..baju putih semua basuh


0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP