Sunday, October 25, 2009

Muncul kembali

Salam pertemuan kembali kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Sudah ku katakan bahawa aku hanya INSAN BIASA yang bisa berdiri dan juga jatuh. Adakala aku meluru laju, adakala aku tersungkur.

Maaf kepada pengikut setia(jikalau ada) blog aku ini kerana telah ditutup buat seketika demi memberi ruang beruzlah untukku menjalani sesi pengislahan diri yang terlalu banyak dosa dan noda. Dalam sesi 'pengislahan' ini, aku banyak mengikuti hasil tulisan Ustaz Dzulkhairi yang terlalu banyak membuka mataku. Antaranya, "kita mengaku bahawa kita adalah pejuang Islam yang mendapat tarbiah, tapi dalam masa yang sama terpalit daki-daki maksiat pada diri kita".

Banyak yang telah ku pelajari sejak bergelar seorang blogger. Antaranya prinsip 'blog aku, aku punya sukalah nak buat apa pun'. Prinsip ini perlu diamalkan pada tempatnya. Rata-rata seluruh bloggers mendukung prinsip hak kebebasan bersura, kebebasan melontarkan pandangan dan pendapat seperti yang terkandung dalam fundamental rights.

Tapi tak ramai yang tahu bahawa setiap hak yang diberi ada takatnya. Sekiranya kita melebihi takat yang telah ditetapkan, maka akan punahlah hak tersebut. Mungkin di pihak kita merasakan hak kita telah dipenuhi, tetapi tidak pula sebelah pihak yang lain. Sebab itulah Islam juga datang untuk 'mengawal' segenap perlakuan manusia.

Memang benar apa yang ku katakan sebelum ini bahawa setiap perlakuan dan hak ada batas dan hadnya. Terkadang aku sendiri seolah menyangkal apa yang ku ucapkan. Dengan mudah aku menyelar sesetengah pihak tanpa berlapik bukti yang kukuh. Dengan mudah aku terus menghukum orang yang salah di mata aku.

Kita juga belum tahu pengakhiran hidup kita, adakah kita berakhir dengan husnul khatimah, atau sebaliknya dengan su'ul khatimah. Oleh itu sahabat sekalian, aku berpesan pada diriku yang hina ini dan kalian semua, didiklah nafsu ke jalan yang diredhoiNya. Semakin kita menghampiri Allah, semakin kuat cubaan dan dugaan, semakin kuat syaitan mengganggu.

Di kesempatan ini juga, sudilah kiranya kalian memaafkan dosa-dosaku. Doakan yang terbaik untuk kita bersama-sama menempuh ujian dan fitnah dunia. Inilah dikatakan perjalanan hidup. Sekejap ia terasa terlalu manis dari madu, sekejap ia terasa terlalu pahit mengalahkan hempedu. Inilah rencah kehidupan, yang menuntut kita mengadunnya dengan baik. Adakala ia digaul kasar, adakala ia diuli lembut.

"Untuk memenuhi seluruh tuntutan hati manusia, nescaya kita takkan terdaya untuk memuaskan seluruh hati manusia, tetapi penuhilah tuntutan Allah Yang Esa, kerana itulah kepuasan hakiki"

5 comments:

Mohd Hazimin Harun said...

"Untuk memenuhi seluruh tuntutan hati manusia, nescaya kita takkan terdaya untuk memuaskan seluruh hati manusia, tetapi penuhilah tuntutan Allah Yang Esa, kerana itulah kepuasan hakiki"

-jujur aku cakap, aku suka ayat ni. mengubat dilema dalam diri aku sekarang..hurm

adilahamzah said...

Aku pun suka jugak..Terima kasih merawat hati yg luka..penawar~

wardatuss_solehah said...

aiwah insan biasa, ayuh!! bangkit lah bangkit. semoga sentiasa mendapat keredhoan Allah. power!!!(cuma jgn perlekeh muslimat power tp cucuklah klu demi kebaikan)

Fazareez Fauzi said...

Erm..jgn disalah ertikan. Bknnya melekehkn, ttp slalu memperingati spy lbih mengerti..

kmi mnjunjung usaha mat yg ckup baik demi perubahan..

Nursyuhada M.Zulkifli said...

Manusia ada tiga rupa bila salah mereka ditegur :

1)Akur dgn ksalahan diri & trus menginsafi dgn ap yg mereka lakukan.Barangkali tidak akan mengulangi prkara yg sma.

2)Bangkit membela diri sama ada dgn menyelar scr peribadi sikap org yg menegur @ cuba mncari masdar yg kukuh kerna berhajatkan pemahaman.

3)Buat tak tahu @ keras hati kerna ada pendirian yg utuh sebab sukakan provokasi.

Mustahil nak meraikan semua perasaan manusia,syeikh.

Menzalimi diri namanya.

Sekadar pndgn.

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP