Monday, November 09, 2009

Selamat Pengantin Baru

Tanpa perancangan yang agak rapi, aku, a.muzaket, a.afiq, a.majdi, dan amir sufi pun membuat keputusan untuk tetap pergi ke walimah seorang sahabat @ senior kami.

Lantas, aku pun me'nyetart' motor meluru ke rumah zaki yamani. Ya bagi mendapatkan tunggangan kami esok hari. Alhamdulillah PEL 299 berjaya diambil, ditukar ganti dengan DBH 1553, kuda putih kesayangan amir walaupun akhir-akhir kerap buat hal.

Atas faktor keselesaan dan kecekapan aku untuk 'drift' sepanjang higway Karak, aku sebulat suara dipilih sebagai driver. Tepuk dahi la jawabnya, mau taknya, tak boleh nak tidoq...

Dengan kecekapan yang Allah kurniakan pada aku, 'BMW X6' zaki pun meluru menelusuri highway Kl-Seremban, seterusnya dibelok ke arah Kuantan-Cheras, lalu diambil pula simpang ke highway Karak. Lebuhraya Pantai Timur pula diredah. Perjalanan yang tenang, memakan masa hampir 3 jam. Lalu keluar di persimpangan Temerloh-Jerantut-Mentakab.



Perjalanan masih berbaki 54 km ke Jerantut dari Mentakab. Sampai kami di Masjid Tengku Abdullah, Jerantut. Ternampak kelibat si 'Teruna' dalam 'Evo' biru beliau. Sedang melayan perasaan menunggu jam 12 untuk bersiap ke rumah pengantin perempuan. Sempat lagi kami pekena roti canai dulu.




Kemuadian, pengantin pun mula bersiap-siap. Tak kurang juga si pengapit yang bersiap bagai nak rak mengalahkan pengantin. Sampin disimpul, muka dibedak, janggut dicukur dan akhirnya keris disarungkan ke tempatnya. Tampak segak bergaya.







Rombongan terus bergerak menuju rumah pengantin perempuan, aku disuruh membawa pengantin. So, aku la yang lead. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit ke Felda Padang Piol. Akhirnya kami selamat sampai. Pengantin diarak masuk dan makan beradab.





Aku and the gang membuat keputusan untuk tidak turut serta dalam acara makan beradab. Apa tidaknya, mana puas makan, kena cover line banyak. Baik kami mentekedarah kat luar. Kerbau menjadi santapan utama. Kali pertama aku merasainya. Tak banyak beza dari daging lembu.



Alhamdulillah, semua selesai. kami pun bertolak pulang ke Nilai lebih kurang jam 2.30 petang. Inilah time aku 'keseorangan'. Seorang demi seorang gugur syahid di medan perjuangan. Yang paling awal, co-pilot, diikuti amir si pengapit, a.muzakir juga tewas, majdi mula terkebil-kebil. Aku berbicara seoarng diri. Mujur Ukays menjadi peneman.



Usai sudah pengembaraan kami pada hari ini. Semoga A.Najib yang aku anggap macam abangku sendiri. Berbahagialah kalian melayari bahtera perkahwinan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Lepas ni, A.Najib pula jadi penagapit ana..haha

Pengajaran yang aku dapat, aku akan berusaha mencari orang Kedah sebagai teman hidupku. Tak larat nak jalan jauh-jauh..!!!!!

12 comments:

zaki yamani said...

sama la kita...

Mohd Hazimin Harun said...

putihnya muka.. =D

ustaz madnot, target tahun bile? dok sabo nk gi jitra

shoe said...

huh,semangat 'state'isme yang tinggi.. :P

Fazareez Fauzi said...

hazimin: Insya Allah..akan mendatang. Bg la abis jwb exam lu..hihi

shoe: bkn smgt pa, perancangan ms depan nih..kita hanya merancang, Allah yg menentukan..

sarah said...

eh jap...mane bleh a.najib jd pengapit nta, antara syarat jd pengapit ni bujang..lg 1 kan lbh baik klu cari org luar, berkembang sket zuriat..ke camne?

adilahamzah said...

ececeh sarah..lain macam je bunyi ayat..ada makna tersirat ni..jauh tu smpi kelantan x agknya?

Fazareez Fauzi said...

sarah: mmg syarat jd penagpit bjg ka? Xtaw pn..

adilah: nsb bek blh kawen takat 4 ja, kaalau tdk setiap ngri nk psg sorg. Mknya 14 org la suma..

ming: aku rasa i'rab ang x brp btul kut. Aku tafwid ja, ang ta'wil..jauh sgt tu. Kutub utara kutub selatan..

seronok ang boh aku ming n0..

pokcikmz said...

Kedah jauh dengan kltn, susah plak nk cari cari org drive

Kak Ba said...

oi adik2 oi..jauh sgt bincang tu.

Fazareez : caghilah orang Kedah (changloon)

Hazimin : sudah-sudahla tu mnyakat orang.

Norjanah Ramli said...

salam

amboi..advancenya adk2 akak ni..

Fazareez : tau pn nk cri org Kdh gak..xpa2,dan lg..doa dr la..tp xkan nk lgkh bendui kot..doa r akak dulu..(",)

Umar : akak cm phm ja mksd umar 2.(",)

Fazareez Fauzi said...

K.Ba: nk org merbok leh..ha3

K.Janah: x jmpa org kedah yg sesuai lg ka..atau dh tkaq niat cr org kelantan plak..hehe

Mohd Hazimin Harun said...

ustaz fazareez, fokus2. tarbiyah2. jgn terpengaruh dgn persepsi. =)

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP