Sunday, March 29, 2009

Demokrasi? Suatu tanda tanya..

Ya, bercakap mengenai demokrasi, sememangnya Malaysia kita yang tercinta ini memang mendokong prinsip Demokrasi Berparlimen setelahmana perjanjian yang termetrai Antara Tunku Abdul Rahman dan British demi me'merdekakan' rakyat Malaysia dari belenggu penjajahan. Tapi hakikatnya kita telah 'terjajah' hampir 5 abad dengan apa yang telah ditinggalkan oleh British kepada kita dan kiat menerima pakai Westminster Model. Itulah hakikatnya, kita perlu terima, kita perlu akur, kita perlu redho, tapi tak bermakna kita hanya perlu berdiam diri mengikut sahaja telunjuk mereka. Kita perlu bangkit! Bangkit dari kejahilan yang nyata! Perlengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya! Kita perlu ubah nasib kita!


Firman Allah : "Seseungguhnya aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Dalam pada hampir 5 abad kita yang selama ini konon-kononya mengagung-agungkan dan mewar-warkan pada dunia bahawa kitalah pendokong demokrasi yang sebenar, tapi hari ini kita sendiri telah mencabul, merobek, merogol prinsip yang dijunjung selama ini. Adakah ini patut? Tidak masuk akal sama sekali.


Berkenaan penyekatan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit selama 3 bulan baru-baru ini. Adakah ini bukti bahawa Malaysia ini mengamalkan demokrasi? saya katakan tidak sama sekali. This decision as an infringement of the freedom of speech, expression and information which are enshrined in Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights 1948 (UDHR) stated that"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and ideas through any media and regardless frontiers".

Memang jelas apa yang dilakukan terang-terangan bertentangan dengan prinsip demokrasi. Adakah ini demokrasi yang diamksudakan dengan menyekat kebebasan media untuk bersuara. Menyekat suara rakyat untuk melhirkan rintihan kepada pemimpin. Menyekat perhimpunan-perhimpunan rakyat demi menyatakan ketidakpauasan hati rakyat terhadap pemimpin. Menyekat pengaruh mahasiswa untuk berfikiran lebih matang. Adakah ini demokrasi yang kamu laungkan? Telusurilah kembali Perkara 10 Perlembagaan persekutuan yang telah kamu ukir selama ini.
Dalam mereka seronok meraikan kemenangan dan kekalahan dalam Perhimpunan Agung UMNO, mereka perlu sedar bahawa mereka adalah kerajaan pilihan rakyat. Tetapi ini bukan bermakna mereka boleh sesuka hati mempermainkan rakyat sedemikian rupa. Apa, mereka fikir rakyat ini bodo! Apa, mereka fikir rakyat ini kuli depa! Mereka tidak akan kekal selama-selamanya di atas takhta itu.Mereka mendukung suatu amanah dan taklifan yang cukup berat di atas pundak mereka. Apa yang mereka buat akan dipertontonkan di mahsyar kelak. Waktu itu tidak ada siapa yang akan terlepas.

Adakah semua tindakan yang dilakukan hanya untuk kepentingan kerajaan dan parti sendiri? Adakah takut untuk bersemuka dan beradu secara adil untuk merebut 2 Bukit dan 1 Batang dalam pilihanraya kecil? Adakah hanya ini yang mampu dilakukan? Adakah ini sikap seorang pejuang bangsa Melayu yang tidak gentar ala-ala Hang Tuah menghunus Keris Taming Sari? Adakah ini sikap seorang anak jantan dengan menculik Ahli Perwakilan Pakatan rakyat demi menumbangkan kerajaan Perak?

Hang Tuah sudah hilang kerisnya, ayam sudah hilang tajinya, harimau sudah hilang taringnya. Mereka hanya mampu berlakon diselaputi retorik-retorik yang ditaburkan. Menampakkan mereka masih gagah walhal keris sudah tumpul, gigi sudah gugur, tulang sudah reput. Ya, memang mereka ada kuasa, meraka ada wang, mereka boleh berbuat apa sahaja, tetapi harus diingat kami ada Allah Maha Kuasa yang biasa membinasakan sesiapa sahaja dalam sekelip mata.

3 comments:

Anonymous said...

Salam bro.. rilek2 la...ko tu bdak U lg..kalu semangat pon.. tuggu hbis study dulu..nak undi pon x ckup umur..Udah2 le tu

bro su said...

saya menykog la bro yang td.jgn la gpoh sngat...sbar la dulu.

Fazareez Fauzi said...

Trima ksh la sbb teguq. Insya Allah saya cuba bersabar, sampai PRU ke-13 kta tengok..

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP