Wednesday, March 18, 2009

Sembang petang...


Salam buat semua,
Aku rasa dah lama x update blog ni. Ramai dah orang dok merungut, bila nak update? Rupanya menjadi blogger juga satu tugas yang susah kerana dia perlu terjemahkan ideanya untuk berkongsi dengan ramai pihak. Aku cukup berasa bertuah dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan orang ramai walaupun masih bertatih dalam dunia blog ini. Kadang-kadang terasa iri hati terhadap orang yang banyak ilmunya dan mantap pula penyampaiannya. Penyampaian memainkan peranan yang cukup penting dalam proses penerimaan maklumat. Penyampaian menyebabkan satu input diterima dengan baik untuk diaplikasikan.
Jom kita menyembang, aku malas nak berformal sangat dan aku bukannya reti sangat nak bermadah pujangga ni. Kadang-kadang minda kita juga perlu santai. tak semestinya ilmu itu hanya dapat dalam kuliah yang 2 jam boringnya atau di masjid sahaja. Kadang-kadang ia datang secara tidak langsung. jiakalu kita telusuri sejarah Imam Hassan Al-Banna sendiri, seorang mujahid agung, beliau turut menjalankan kegiatan dakwah hatta di kedai kopi.
Pejam celik, pejam celik dah nak habis semester 2. Terasa masa begitu cepat berlalu. Semua masing-masing sibuk dengan urusan yang tersendiri. Ke hulu ke hilir, ke sana ke mari hatta kadang-kadang membuatkan kita lalai dalam mengingati Allah, Tuhan yang mencaturkan segalanya. Memang sudah jadi lumrah manusia, mencari Tuhannya ketika dilanda musibah.
Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang selalu manusia lupa, nikmat sihat dan masa lapang"
Teringat aku pada kata-kata A. Farid Din. "Kita ni masuk syurga bukan pasai amalan kita, tapi dengan keredhoan Allah Taala. Kalau Allah tak redho, buat pi la amalan banyak mana pun, konpom tak masuk syurga. Tapi amalan itu sebagai wasilah untuk kita dapat keredhoan Allah. Oleh itu, janganlah lekang dari mulut kita untuk menyebut Alhamdulillah setelahmana kita berbuat amalan kebaikan kerana tanpa kudarat yang Allah beri kepada kita, nescaita tak mampu nak melakukan kebaikan."
Oleh itu, kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang bakal menempuh final exam tak lama lagi, buatlah yang terbaik. Jangan sesekali mengenepikan Allah kerana di situlah letaknya bantuan utama. pohonlah kepada Dia, nescaya Dia akan makbulkan di samping berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Perbetulkan kembali niat untuk menuntut ilmu, bukannya semata-mata mendapat markah yang tinggi, jadikanlah perperiksaan sebagai alat dan ilmu itu sebagai matlamat. Bitaufiq wannjah, wassalamualaikum.

0 comments:

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP