Friday, July 03, 2009

Apa nak jadi...

Semalam saat aku menatap Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam, berdesing telinga aku saat mendengar keputusan DAP Kedah untuk keluar dari pakatan pembangkang negeri ini dikatakan gara-gara tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Berasa panas juga hati ni. Tetapi aku cuba menyabarkan diri. Sememangnya aku tahu yang media sekarang ibarat lembu yang dicangkuk hidungnya. Ke mana ditarik, ke situlah dia pergi. Nak lari sakit hidung.

Ayahku sekejap menoleh ke arahku, sekejap ke kaca tv. Memang sejak melangkah ke alam universiti ini aku lebih bersifat agresif dan jahar terhadap politik semasa yang berlaku di negara ini. "Ha, ni apa ceghita pulak dah Kedah ni..?" sapa ayahku yang tidak menunjukkan pro kerajaan atau pembangkang. Tetapi dia lebih menyukai untuk membuat provokasi untuk melihat gelagatku. "Argh, ni mesti Manek Urai punya pasai, tu yang dok perbesaq ceghita", jawabku geram.

Terus aku mengimbau kembali pergolakan-demi pergolakan yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR). Tidak hilang lagi panasnya isu Kerajaan Negeri Perak ditumbangkan, dialagakan pula dengan isu Kerajaan Perpaduan, kini tiba isu DAP Kedah ingin menarik diri. Musibah apakah yang ingin Allah timpakan? Ataupun ia hanya ujian dari Allah yang sekadar menguji hambanya?

Semasa Rasulullah membina Kerajaan Islam Madinah dahulu pun, terdiri dalam kerajaan itu dari pelbagai bangsa, kabilah seperti golongan Ansar dan Muhajirin hatta orang kafir juga turut ada. Sememangnya setiap bangsa dan kabilah ingin memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Setiap mereka ada dasar mereka tersendiri. Tetapi dengan kehebatan dan kebijaksanaan Rasulullah menyatukan mereka dalam satu matlamat, satu tujuan, satu pemerintahan (bukan satu Malaysia). Ini kerana wujudnya satu jalinan ukhuwwah yang mantap antara mereka hasil tarbiyyah dari Rasulullah.

Tetapi harus diingat, di zaman itu wujud juga UMNO yang diketuai oleh Dato' Seri Abu Jahal, Dato' Seri Abdullah bin Ubai yang mana tidak putus-putus untuk menghancurkan kerajaan Islam yang dibina Rasulullah. Dilakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan Madinah. Diculiknya Ahli DUN dan menghasut mereka. Dikhabarkan kepada orang kafir bahayanya apabila Islam memerintah, sehingga wujudnya golongan kuffar Madinah yang berpaling tadah bersekongkol dengan musyrikin Mekah untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Madinah.

Senarionya lebih kurang berlaku pada zaman ini. Bezanya cuma Rasulullah sudah tiada. Tetapi harus dingat bahawa rantaian perjuangan Rasulullah masih terus bernyawa. Ansorullah berada di segenap penjuru dunia, tidak gentar walau sedikit pun. Dan ingatlah, selagi mana hukum Allah tidak tertegak di atas muka Bumi ini, kita akan terus berjuang. Ini adalah janji pejuang agama Allah bukannya pejuang bangsa Melayu semata-mata.

p/s: moga Allah Taala menyelamatkan kerajaan Negeri Kedah Darul Aman..Amin.

7 comments:

Maisarah said...

insya-ALLAH..kemenangan Islam tu pasti, tp bila waktunya je kita tak tahu..sbb tu kita x bleh berhenti berjuang walau sekejap..=)

Fazareez Fauzi said...

Insya Allah..laju nti n0..

Maisarah said...

ape yg laju?

islamic_life89 said...

jgn gusar krn y benar pasti mgatasi y batil...kbnaran jnji Allah akn mgalahkan krajan y zalim,i'allah hanya Islam mmimpin prubahan!

Fazareez Fauzi said...

Ya trima ksh wahai shbtku. Sejak bl pandai bermadah pujangga ni..setau ana nta pandai...hehe

zaki said...

pergh mat not...blog yang mantop...amboih, turun takhta sbagai ketua SMSU nak jd MPP kot nowh...hahaha100x.......

Fazareez Fauzi said...

Astaghfirullah..bukan pangkat dan darjat yg kucari...

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP