Friday, September 18, 2009

Buat orang Kelantan..

Sambil-sambil menatap akhbar pagi ni, tertarik dengan fakta ini...

Isian prabayar Kelantan dijangka RM4.2j

KOTA BHARU 17 Sept. - Celcom Wilayah Timur menjangkakan jumlah pengisian semula prabayar akan mencapai tahap tertinggi iaitu RM4.2 juta bagi Kelantan, Sabtu ini berikutan sambutan Aidilfitri.

Naib Presiden Celcom Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, ia bakal mencatat rekod tertinggi dari segi jumlah pengisian semula prabayar bagi wilayah timur.

Beliau berkata, sasaran tersebut dibuat berikutan kejayaan syarikat telekomunikasi itu mencatat jumlah pendapatan RM3.8 juta sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas.

''Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik bagi telekomunikasi disebabkan susah untuk membuat jangkaan sebenar peningkatan dalam bidang ini.

''Ia selalunya lebih tinggi berbanding jangkaan dan negeri ini memegang rekod jumlah pengguna Celcom yang tertinggi berbanding dua buah negeri lagi.

''Setakat ini, kita menguasai 60 peratus pasaran di Kelantan dan ia menyumbang 40 peratus kepada pendapatan Celcom Wilayah Timur.

Ini bermakna ore klate banyok kecek...ish3 (tlg perbetul wahai orang2 kelantan sekalian terutamanya Amir kalau salah..hehe)

2 comments:

sarah said...

hmm..banyak kali da try komen kt post ni..harap2 kali ni bleh publish da..

komen ana tentang post ni berdasarkan pengalaman ana keje ngan celcom...kenyataan mengatakan org kelantan byk ckp, xleh pakai..sebenarnya sale celcom di kawasan pantai timur mmg tinggi berbanding talian lain..bukan krn org kelantan byk ckp, tp sbb org kelantan prefer talian celcom berbanding yg lain.dan faktnya, rakyat pantai timur n kelantan khususnya mmg majoriti gune celcom..jd, org kelantan xla ckp byk sbnrnye..klu x caya, tgk amir..

Fazareez Fauzi said...

Erm..sbb tngok amir la ana wat post ni.. Ana taw dia dr mangkit tidoq, smpai la tidoq balik..hehe

p/s: tp pasai pa amir sorang ja dijadikan ikon kelantan??

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP