Friday, July 31, 2009

Pertembungan 2 gergasi : Siri 1


Kehangatan pertembungan antara Manchester United dengan Malaysia baru-baru ini masih lagi terasa bahangnya. Berhempas pulas kedua-dua pasukan yang nyatanya mempunyai perjuangan dan ideologi yang berbeza, tetapi mengejar hadaf dan matlamat yang sama iaitu gol.

Tetapi esok, bumi Kuala Lumpur bakal 'dilanyak' 2 gergasi hebat, memperlihatkan kumpulan masing-masing memperjuangan suara masing-masing. Golongan baju putih yang mewakili Pro-ISA, manakala golongan merah hitam membawa panji Anti-ISA.





Hajat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah agar 'suara hati' mereka didengari. Ada sesetengah pihak berpendapat bahawa akta yang 'zalim' ini perlu dimansuhkan. Tidak kurang pula yang menegaskan ianya perlu dikekalkan. Jika ditanya mengapa? 1 jawapan yang bakal keluar dari mulut kedua-dua pihak. Ingin melihat Malaysia dalam keadaan aman damai.

Ada yang mengatakan, hanya dengan mengekalkan akta ini akan terus menjamin keamanan Malaysia. Ada pula yang kata, akta inilah yang telah 'merobek' keamanan Malaysia, justeru ia perlu dimansuhkan.

Dengan akta inilah, jiwa-jiwa yang tidak bersalah dinodai. Dihumban ke Kamunting tanpa dibicara. Ditahan bertahun-tahun. Terpisah dengan anak dan isteri. Bertemankan lantai simen yang keras dan jeriji besi. Dek angkara ketidaksefahaman dalam politik. Akta ini menjadi mangsa. Ujar kumpulan Anti-ISA.


Berkata si Pro-ISA, akta inilah yang melindungi Malaysia dari ancaman komunis suatu ketika dahulu. Menangkap perusuh dalam negara. Menyekat pengaruh militan dan sesiapa yang memberi ancaman kepada negara. Tidakkah ianya bagus untuk 'kesihatan; Malaysia. Akta ini ibarat ginjal manusia, ditapis olehnya anasir-anasir yang berbahaya kepada badan, kemudian disalurkan menjadi air kencing untuk dibuang dari badan.


Sekilas Pandang Mengenai ISA

ISA atau nama sebenarnya Internal Security Act 1960 telah dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia pada tahun 1960 setelah mendapat kemerdekaan daripada british pada tahun 1957. Akta ini mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan seorang pesalah atau tertuduh itu ditahan tanpa dibicarakan dengan restu dari Menteri yang berkaitan. Ia bertujuan untuk mengawal keamanan Malaysia dengan menangkap sesiapa yang disyaki menggugat keamanan Malaysia.


Sebelum adanya ISA, pihak British telah mengeluarkan satu akta pada tahun 1948 iaitu Emergency Regulations Ordinance 1948 memandangkan kedaan Malaysia dikatakan darurat pada ketika itu. Ia diilhamkan oleh Sir Edward Gent yang membolehkan seseorang yang ditahan di bawah akta ini ditahan tidak melebihi 1 tahun.

Akta ini telah dimansuhkan pada tahun 1960 dan digantikan dengan ISA yang merupakan akta ke-149 dalam Malaysia. Akta ini merupakan akta yang telah menimbulkan kontroversi sejak dahulu lagi. Antara petikan seksyen yang menimbulkan konteroversi:

Section 8(1) of the ISA provides that ‘(i)f the minister is satisfied that the detention of any person is necessary …’ then s/he may issue an order for his/her detention. The three grounds given in Section 8(1) upon which the order may be based is where a person has acted in any manner prejudicial to the:

a) security of Malaysia or part thereof; or
b) maintenance of essential services; or
c) economic life.

Tahanan yang diatahan tidak boleh dihubungkan kepada dunia luar, mahupun keluarga atau peguam selama 60 hari. Kemudian mereka kan dibawa ke Kem Tahanan Kamunting, Perak untuk penahanan seterusnya.

Berikut adalah senarai nama-nama tahanan yang pernah ditahan di bawah akta ini sepanjang ianya diperkenalkan. Klik di sini.

Masing-masing mempunyai pendapat dan hujah masing-masing. Cuma yang membezakannya adalh perjuangan yang hak dan perjuangan yang batil. Siapakah yang hak, siapakah yang batil.? Baju putih atau baju merah hitam? Wallhua'lam.

p/s: erm..nmpknya ada baju hitam ja..baju putih semua basuh


Wednesday, July 22, 2009

Memecah kerangka pemikiran kera..

Setiap pimpinan baru mesti ada tag-line mereka yang tersendiri. Apa yang ingin dicapai mereka sepanjang pemerintahan mereka. Apa yang cuba mereka ingin ketengahkan.

Jika Najib terkenal dengan 1 Malaysia, Pak Lah dengan Islam Hadharinya, Ketua Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang (SMSU) untuk sem ini pun ada tag-line yang tersendiri. "Memecah Kerangka Pemikiran Kera". Suatu frasa yang cukup mendalam untuk dihuraikan. Tapi pastinya mempunyai matlamat dan hadaf yang tersendiri.

Setelah berbicara dengan beliau berkaitan pendekatan yang ingin dibawa kepada pelajar USIM terutamanya pelajar SMSU Tahun 2, ada terselit rasa kebanggaan dan takjub dalam diri ini terhadap cara pemikiran beliau. Memang wajarlah beliau mencanangkan slogan ini.

Justeru itu, mematangkan corak pemikiran pelajar SMSU agar lebih kreatif dan kritis merupakan hadaf utama beliau berlapikkan manhaj knowledge sharing. Suatu isu atau persoalan dilemparkan, respon dan jawapan yang diinginkan. Tiada siapa yang betul, tiada siapa yang salah. Semua berhak melontarkan idea dan pendapat masing-masing.

Dengan cara ini akan melatih kemahiran berfikir di kalangan pelajar sambil mendapat input yang bermanfaat. Terutamanya law student yang tidak akan terlepas dari kemahiran bermujadalah. Tidaklah kita hanya melahirkan pelajar yang hidupnya pagi ke kuliah, malam di hostel, hujung minggu di rumah. Tetapi pelajar yang berfikiran matang memikirkan permasalahan ummat.

Inilah yang dikatakan think out of the box. Berbalik kepada slogan tadi, kenapakah pemikiran kera yang dipilih? Kenapa tidak kucing? Semut? Anai-anai? Renung-renungkan..

Wednesday, July 15, 2009

Tahniah MU!

KUALA KRAI: Pas memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila calonnya, Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat.

Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.
(sumber berita harian online)

Inilah keratan berita yang diperolehi dari Berita Harian Online. Hanya 2 perenggan sahaja. Utusan Malaysia terus menyepi. Pemberita cuti habis ka..? Entah la, mungkin mereka balik buat solat hajat tolak bala kut.

Apa-apa pun, tahniah buat Calon PAS yang memenangi DUN Manek Urai. Buat Be End (BN) saya turut mengucapkan tahniah kerana berani bertanding secara sihat dan berdepan secara anak jantan dalam pilihanraya.

Sesungguhnya Allah adalah pemilik mutlak sesuatu kerajaan atau kekuasaan, Dia berhak meninggikan dan mengangkat sesuatu kerajaan, tetapi Dia juga berhak menghina dan menjatuhkan kerajaan.

Friday, July 03, 2009

Apa nak jadi...

Semalam saat aku menatap Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam, berdesing telinga aku saat mendengar keputusan DAP Kedah untuk keluar dari pakatan pembangkang negeri ini dikatakan gara-gara tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya. Berasa panas juga hati ni. Tetapi aku cuba menyabarkan diri. Sememangnya aku tahu yang media sekarang ibarat lembu yang dicangkuk hidungnya. Ke mana ditarik, ke situlah dia pergi. Nak lari sakit hidung.

Ayahku sekejap menoleh ke arahku, sekejap ke kaca tv. Memang sejak melangkah ke alam universiti ini aku lebih bersifat agresif dan jahar terhadap politik semasa yang berlaku di negara ini. "Ha, ni apa ceghita pulak dah Kedah ni..?" sapa ayahku yang tidak menunjukkan pro kerajaan atau pembangkang. Tetapi dia lebih menyukai untuk membuat provokasi untuk melihat gelagatku. "Argh, ni mesti Manek Urai punya pasai, tu yang dok perbesaq ceghita", jawabku geram.

Terus aku mengimbau kembali pergolakan-demi pergolakan yang berlaku kepada Pakatan Rakyat (PR). Tidak hilang lagi panasnya isu Kerajaan Negeri Perak ditumbangkan, dialagakan pula dengan isu Kerajaan Perpaduan, kini tiba isu DAP Kedah ingin menarik diri. Musibah apakah yang ingin Allah timpakan? Ataupun ia hanya ujian dari Allah yang sekadar menguji hambanya?

Semasa Rasulullah membina Kerajaan Islam Madinah dahulu pun, terdiri dalam kerajaan itu dari pelbagai bangsa, kabilah seperti golongan Ansar dan Muhajirin hatta orang kafir juga turut ada. Sememangnya setiap bangsa dan kabilah ingin memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Setiap mereka ada dasar mereka tersendiri. Tetapi dengan kehebatan dan kebijaksanaan Rasulullah menyatukan mereka dalam satu matlamat, satu tujuan, satu pemerintahan (bukan satu Malaysia). Ini kerana wujudnya satu jalinan ukhuwwah yang mantap antara mereka hasil tarbiyyah dari Rasulullah.

Tetapi harus diingat, di zaman itu wujud juga UMNO yang diketuai oleh Dato' Seri Abu Jahal, Dato' Seri Abdullah bin Ubai yang mana tidak putus-putus untuk menghancurkan kerajaan Islam yang dibina Rasulullah. Dilakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan Madinah. Diculiknya Ahli DUN dan menghasut mereka. Dikhabarkan kepada orang kafir bahayanya apabila Islam memerintah, sehingga wujudnya golongan kuffar Madinah yang berpaling tadah bersekongkol dengan musyrikin Mekah untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Madinah.

Senarionya lebih kurang berlaku pada zaman ini. Bezanya cuma Rasulullah sudah tiada. Tetapi harus dingat bahawa rantaian perjuangan Rasulullah masih terus bernyawa. Ansorullah berada di segenap penjuru dunia, tidak gentar walau sedikit pun. Dan ingatlah, selagi mana hukum Allah tidak tertegak di atas muka Bumi ini, kita akan terus berjuang. Ini adalah janji pejuang agama Allah bukannya pejuang bangsa Melayu semata-mata.

p/s: moga Allah Taala menyelamatkan kerajaan Negeri Kedah Darul Aman..Amin.

Friday, June 26, 2009

Jagalah sejarah kita..

Assalamualaikum kepada yang baru kembali menatap blogku yang usang ini setelah sekian lama menyepi. Akanku berjanji pada diri ini untuk selalu meng'imarah' taman ini. Insya Allah. Moga Allah memberikanku kekuatan..amin.

Alhamdulillah pagi ini Allah Taala masih memberikanku kekuatan untuk solat subuh berjemaah dihiasi pula dengan sujud sejadahnya. Alunan gemersik suara Amir, teman serumahku mengalunkan bacaan Surah Sajdah memang menusuk kalbu yang gersang dek kurang dibajai iman. Sebaris denganku, A.Muzakir, A.Syahril, A.Afiq dan A.Farid Din. Mereka teman serumahku merangkap pembimbing aku dan Amir yang masih baru.

Selesai memberi salam, fikiranku terus menyelak kembali lembaran zaman persekolahan dahulu. Beginilah keadaanku di rumah sewa usang nun hujung di Jalan Pegawai, A.Star. Kami hidup bagaikan satu keluarga yang cukup akrab malahan lebih dari itu.

Apabila tibanya waktu solat, pastinya kami berjemaah sekali. Sekiranya ada kelapangan, akan diisi dengan tazkirah. Ma'thurat selepas asar dan subuh memang menjadi amalan kelaziman. Selepas subuh akan berkumandanglah alunan Al-Quran di segenap sudut rumah. Kalau nak tidur sekalipun, terpaksa menunggu matahari terbit dahulu..kalau tidak akan dicop sebagai penolak rezeki..haha.



Jikalau masak dan makan tetap sekali dan setalam. Tidur beramai-ramai di ruang tamu...haha cukup nikmat waktu itu. Kalau lewat ke sekolah, semuanya lewat. Takpa..sebab ketua pengawas pun dok di situ..haha.

Itu zaman persekolahan. Sekarang aku sudah berada di menara gading. Kalian semua pasti akanku semat di fikiranku ini sampai bila-bila. Aku selalu berterima kasih kepada Allah kerana membimbingku berjalan di dunia yang fana' ini. Ternyata Allah masih sayang kepadaku. Jikalau ada sedikit ujian itu biasalah, sebagai penghibur duka. Hidup disulami kesenangan semata-mata juga pasti membosankan. Ibarat seorang ayah memarahi anaknya jika berbuat kesalahan, itu tandanya sayang.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang terdahulu, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta. AL-ANKABUT:2&3


Semasa kelas tafaqquh bersama Dr. Zulkifli Al-Bakri, aku masih ingat akan ualasan Dr. Zul berkenaan husnus sirah. Iaitu sirah yang baik. Kita sebagai pelajar Muslim, belajar di Universiti Islam, belajar ilmu Fardhu Ain merupakan pendokong kepada agama Allah. Tidak dapat tidak untuk kita lari dari kenyataan tersebut. Biarlah berselindung di sebalik mana sekalipun, hal itu pasti akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Apa yang kamu telah lakukan untuk Aku?

Berusahalah menjaga sirah perjalanan hidup kita agar tidak tercela dengan noda. Sebagai contoh, katakanlah suatu hari nanti kita menjadi pemimpin masyarakat, agamawan dan ulama' professional dll. Pasti orang akan menyelak kembali sejarah kita. Jika dahulunya kita mempunyai sejarah silam yang agak buruk, pasti akan menjejaskan imej kita itu sendiri. "Alah ustaz ni, dulu dia ni la yang dok bercouple dengan aku". Lihat..

Tetapi jangan disalah ertikan sekiranya seseorang itu mempunyai sejarah silam yang buruk bererti dia tidak boleh berubah. Cuma pesan Dr. Zul, kita cuba sedaya upaya untuk menjaga sirah perjalanan hidup kita dengan baik. Cuba lihat Ulama' yang masyhur dan hebat pastinya mempunyai sirah hidup yang baik, datangnya dari keluarga yang baik. Hatta untuk mencari pasangan hidup pun, kita dianjurkan untuk mencari dari kalangan keluarga yang baik.

Akhirnya, berimanlah kita pada Qada' dan Qadar Allah Taala, berusahalah untuk kita memperbaiki diri. Sekiranya kita melakukan kesalahan, kembalilah bertaubat kepadaNya. Berdoalah agar kita sentiasa dibimbing di bawah petunjukNya..Amin.

Thursday, June 11, 2009

Konvoi Nilai - Kuala Lipis


Alhamdulillah, baru-baru ni aku, amir, umar berpeluang menziarahi rumah salah seorang senior kami yang lebih mesra kami panggil Abang Mie Bapong di Kuala Lipis, Pahang. Sebab pa orang panggil dia Mie Bapong, sebabnya dia dok Kg. Bapong. Kadang-kadang rasa macam tak sangka dan tak percaya ja yang kami boleh sampai ke Kuala Lipis , Pahang sana nu. Tambah pulak konvoi naik moto ja..ish3

Bukan pa, malam sebelum tu aku dengan selambernya berseloroh dengan A.Mie, "nak pi rumah nta boleh dak? Lagipun boleh kami iring nta balik sampai pintu rumah.." dengan nada bersahaja sambil terlentang tendgok tv. Harapnya dia pun cuma nak berlawak jugak, tapi tiba-tiba serius. "ha..boleh jugak. Lagipun ana nak bawak balik moto ke kampung, maklumlah ana ni moto ada, tapi lesen dah mampuih" kata A.Mie yang fasih berbahasa loghat Kedah walaupun orang Pahang, kadang-kadang tak macam orang Pahang pun.



So, tanpa perancangan rapi kami pun bertolak ke K.Lipis keesokan paginya. Asalnya dua biji moto, aku dan amir naik ngan a.mie. Tapi last-last minit umar nak join sekali. Kira 3 biji moto la berkonvoi. Kami pun bergeraklah dari Nilai menuju Sg.Besi, pastu amik jalan Ampang terus ke Lebuhraya Karak. Pastu amik exit Bentong-Raub-K.Lipis. Kami berenti banyak tempat la jugak. Maklum la naik moto, kebaih abih seluruh badan. Singgah Raub solat Zohor dan makan tengah hari.



Dalam pukul 3 sampai la di Kg. Bapong Kuala Lipis, Pahang. Kalau sapa nak balik Kelantan mesti lalu punya jalan tu, kalau terus ke Gua Musang. Cadangnnya nak lajak terus ke Kelantan. Tapi memandangkan komitmen lain ada di Nilai, kami terpaksa membatalkan hasrat murni tersebut. Mungkin ada rezeki lain kali Insya Allah. Sempat la kami bermalam di rumah A.Mie semalam. Esoknya kami pun balik ke Nilai.

Tapi apabila difikir balik, sekali-sekala kita kena juga bermusafir dengan sahabat-sahabat ni. Memang mengeratkan ukhuwwah. Lagipun, muda-muda ni la nak berjalan, tua esok dah tak larat. Apa-apa pun pasti akan ku ingat kenangan ini. Jom konvoi p Jitra plak!

Tuesday, June 09, 2009

Adakah Allah itu bertempat?

Jika dibaca tajuk entri pada kali ini, saya percaya bakal menimbulkan sedikit kontroversi. Tetapi bukanlah persoalan khilafiah yang ingin diutara dan diperbahaskan kerana saya bukanlah 'ahlinya' yang layak untuk berbicara persoalan khilaf ini. Cuma untuk mengajak anda semua berfikir beberapa perkara harian yang kita lakuakan rupa-rupanya bersangkutan dengan soal aqidah.

Kita sebagai seorang Islam mengakui bahawa Allah itu ada, walaupun pada hakikat mata kasar kita tidak dapat melihat Allah kerana ini sudah maklum bahawa Allah itu terdiri daripada perkara ghaibiyyat (tidak dapat dilihat). Sebab itulah ciri orang bertakwa yang pertama disebut di dalam Al-Quran adalah orang yang percaya kepada perkara ghaib.

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian yang Kami berikan kepada mereka." AL-BAQARAH:2-3

Tetapi realiti yang berlaku sekarang, rata-rata menganggap Allah Taala itu bertempat. Apa tidaknya, jika ke masjid barulah ditutupnya segala aurat, jika bersolat barulah mencari kain pelikat atau telekung. Tahu pula kalau tak tutup aurat tak boleh solat. Adakah Allah itu hanya berada di masjid sahaja?

Hakikatnya orang punya rasa bertuhan ketika solat, berpuasa, di masjid, ceramah agama, ketika itu mereka merasakan bahawa mereka dilihat oleh Allah, sedangkan 24 jam kita sentiasa diperhatikan, setiap hela nafas kita dikira. Masakan tidak, yang perempuannya menyarung jeans ketat, tudung tetap pakai tapi dinampakkannya leher, bertenggek atas motor dengan lelaki ajnabi yang tidak kurang dengan seluar tiga sukunya (macam otaknya yang tiga suku juga). Astaghfirullah, tapi yang baiknya sikit solat tetap solat. Tetapi persoalannya, di manakah nilai solat tersebut yang dikatakan pencegah kemungkaran bagi pelakunya. Adakah Allah berbohong?

Teringat perumpamaan yang dibawa oleh seorang abang ketika di maahad, beliau berkata "kalaulah kita beli cendol, baik punya, tiba-tiba try ambik ayaq acaq satu camca pun jadi la boh dalam cendol tu, konfom tak leh minum." Nak beritahu di sini bahawa amalan baik yang kita lakukan walau banyak, jika dicemari walau sedikit maksiat nescaya punah segala amalan.

So, saya berpesan kepada diri sendiri dan semua pembaca bahawa Allah Taala itu ada di mana-mana. Berperilakulah seperti seseorang sedang melihat perbuatan kita. Sesungguhnya 'CCTV' Allah jauh lebih hebat yang akan diulang tayang di akhirat kelak dimana semua akan menyaksikannya.

Modified by Blogger Tutorial

::Insan Biasa:: ©Template Nice Blue. Modified by Indian Monsters. Original created by http://ourblogtemplates.com

TOP